Muka gadis ini persis arwah Siti Sarah, nyanyi lagu kesetiaan pula..

Muka gadis ini persis arwah Siti Sarah, nyanyi lagu kesetiaan pula. Seorang gadis mencuri tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular.

Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan.

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir netizen yang membandingkan suaranya dengan arwah Siti Sarah.

“Muka ada iras tapi suara tak.

“Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netizen.

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejut apabila wajahnya dikatakan iras dengan arwah Siti Sarah.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu.

“Saya merupakan salah seorang bridesmaid (pengiring) pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dan ramai tetamu dah balik.

“Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh arwah Siti Sarah,” kata gadis berusia 21 tahun itu kepada mStar.

Muka gadis ini persis arwah Siti Sarah, nyanyi lagu kesetiaan pula..

Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Allahyarham Siti Sarah seperti yang diperkatakan netizen.

“Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti arwah.

“Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam arwah. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan arwah,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Muka gadis ini persis arwah Siti Sarah, nyanyi lagu kesetiaan pula..

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan.

“Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan arwah sudah tentu saya terharu. Arwah Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

Orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara saya dengan Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian arwah yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Allahyarham Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu.

Muka gadis ini persis arwah Siti Sarah, nyanyi lagu kesetiaan pula..

Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Allahyarham Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

“Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara saya macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti arwah Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri.

“Cuma satu yang saya mahu seperti arwah Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memukau,” katanya.

TONTON :

BACA:

Wanita dikejarkan ke hospital selepas jatuh atas timun yang kemudianya terlekat dalam kemaluannya

Hamzah jawab dakwaan tahan warga Rohingya lebih 2 tahun

Isham Jalil cabar MB Terengganu sumpah laknat tiada rancangan jatuhkan pemimpin Umno

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)