Mujahid terima kemasukan 100 penduduk sertai AMANAH di DUN Kuala Kurau

Lebih 100 orang penduduk di Batu 11, Sungai Baru, di sini, menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), sekali gus mewujudkan cawangan baharu parti itu di kawasan berkenaan.

Penyertaan mereka dalam AMANAH kerana berpendapat AMANAH adalah parti jujur dan berprinsip yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.

Setiausaha AMANAH Parit Buntar, Ahmad Firdaus Mohamad, berkata penubuhan cawangan di Batu 11, Sungai Baru itu menunjukkan lonjakan sokongan baharu masyarakat sekali gus perkembangan baik kepada AMANAH.

“ pertambahan ahli dan penubuhan cawangan selaras aspirasi AMANAH Kawasan Parit Buntar yang menyasarkan setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) terdapat minimum satu cawangan yang boleh menguruskan PDM.

“ Pada hari ini, sebanyak 52 borang ahli baru telah diserahkan dan akan disusuli penyerahan lebih 50 barang lagi untuk peringkat kedua” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian AMANAH di Batu 11, Sungai Baru, di sini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa telah menerima borang ahli baru yang diserahkan oleh wakil penduduk, Ahmad Salim Omar

Turut hadir pada masjlis penyerahan borang ahli ialah Dr. Badrol Abu Bakar, Timbalan Ketua AMANAH Parit Buntar dan Hamdan Fadel Ahmad , Penyelaras DUN Kuala Kurau.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, AMANAH yang baru berusia lima tahun tidak mampu untuk terus mendapat sokongan jika kawasan dan cawangan tidak diperkasa dengan menambah ahli.

“ AMANAH memerlukan cawangan dan ahli yang besar supaya hubungan dengan rakyat lebih rapat dan meluas

“ Saya ucapkan tahniah kepada AMANAH Kawasan Parit Buntar yang giat menambah cawangan dan ahli baru menjelang pilihan raya umum ke 15 yang akan datang” katanya

Tambahnya, gerak kerja yang telah dan sedang dilakukan oleh AMANAH kawasan mampu untuk memberi kekuatan yang berganda menjelang PRU 15 yang akan datang.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)