Mujahid Kecam Himpunan LGBT

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini menyatakan rasa terkejutnya atas satu himpunan yang tular di media sosial berkait dengan LGBT di Kuala Lumpur.

“Saya terkejut mendengar tindakan segelintir pihak pada hari ini yang telah menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang tidak selari dengan agama dan norma kehidupan manusia.”

“Seperti yang pernah saya tegaskan sebelum ini, Kerajaan sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa amalan LGBT tidak diterima di negara ini. ” Ujar beliau.

Beliau juga berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan tentang perkara ini sebelum ini bahawa LGBT tidak boleh diterima di negara ini dan ia adalah pendirian rasmi kerajaan.

Mujahid juga berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan tegas dan sewajarnya.