MUJAHID BAWA MISI RAHMAH KE CHINA

YB Menteri Agama mengadakan lawatan kerja ke China pada 23-30 Jun 2019 membawa isu keamanan, agama, haji dan halal, serta Gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Pendirian beliau jelas tentang kebebasan beragama di mana prinsip asas ditekankan, menghormati hak rakyat untuk beragama.

Beliau sebagai Menteri dari Malaysia julung kali diberi penghormatan menyampaikan syarahan perdana bertajuk “Towards A Peaceful and Harmonious World” di Beijing Foreign Studies University.

Apa disentuh beliau dalam ucapannya, isu hak asasi manusia, terutama melibatkan nyawa seorang manusia tanpa mengira mana etnik mahupun agama.

Umat Islam China terdiri daripada etnik Uyghur dan etnik lain Hui, Kazakh, Uzbeks dan Tajik.

Berhubung gambar kehadiran ke ‘Pusat Latihan dan Vokasional’, beliau di bawa melawat dan diberi taklimat tentang pusat latihan menjalankan latihan perindustrian pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas perundangan, seni gubahan bunga dan sebagainya, setakat itu sahaja.

Lawatan rasmi Menteri Agama mendapat kelulusan Kabinet, diberi taklimat Kementerian Luar tentang “do and don’t”.

Beliau juga bertemu Wang Zuoan, Vice-Minister of United Front Work Department, membincangkan pelbagai isu bersama termasuk peluang mengembangkan industri halal Malaysia-China, pengendalian haji serta isu melibatkan Imam di China.

China mempunyai 20 juta Muslim pelbagai etnik dan mempunyai kira-kira 30,000 masjid dan puluhan ribu imam.

Sepanjang lawatan dari 23 hingga 30 Jun itu, Menteri Agama bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pegawai Kementerian Luar.

Ini merupakan pertama kali seorang menteri dari Malaysia bercakap tentang isu agama kepada Kerajaan China, dan maklum balas diterima sangat positif.

Berhubung tuduhan dari laporan media, beliau tegas menyatakan pada sebarang masa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi “penindasan umat Islam di China sebagai berita palsu”.
Berita dilaporkan tersebut adalah mengelirukan dan tidak benar.

Nasihat saya banyakkan membaca bagi mendapatkan maklumat tepat, jangan mudah terpedaya fitnah murahan mereka yang tidak senang dengan agenda besar sedang dibawanya.

TOK AKI