Muhyiddin tegur Umno, jangan berlagak macam ‘abang besar’

Muhyiddin Yassin menegaskan tiada istilah “abang besar” antara Umno dan Bersatu dalam tampuk kerajaan.

Bercakap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Presiden parti itu berkata segelintir pemimpin Umno perlu ingat bahawa parti itu mampu menduduki kerusi Perdana Menteri kerana sokongan parti dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya Bersatu dan PAS.

“Sebagaimana disebut Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) sendiri, dia kata Umno kembali memegang tampuk kerajaan bukan parti itu ada jumlah kerusi majoriti atau bukan kerana Umno menang…kerana sokongan diberikan parti-parti dalam PN dan Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kita.

Muhyiddin tegur Umno, jangan berlagak macam 'abang besar'

Muhyiddin Yassin berkata walaupun Umno membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, parti di bawah gabungan itu tetap memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dari Umno untuk menerajui negara sehingga Parlimen dibubarkan.

‘”Jadi saya nak pesan sesetengah pihak dalam Umno ni, bukan semualah… hormatlah kita ni sikit, ‘there’s no big brother’ (kita) sama saja… jangan mudah lupa diri,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,600 perwakilan.

“Kena cakap lembut saja, takut salah faham, bukan kerana takut…,” katanya sinis yang turut disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Pengerusi PN itu berkata, walaupun Umno membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkannya sebagai “menakjubkan”, parti di bawah gabungan itu tetap memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dari Umno untuk menerajui negara sehingga Parlimen dibubarkan.

“Kita berikan sokongan kepada Perdana Menteri dan kita bersama beliau dalam kerajaan, ya…saya tiada dalam kerajaan tetapi saya Presiden parti yang menyokong kerajaan dan sokongan ini berdasarkan terma-terma tertentu.

“Kita tandatangani perjanjian persefahaman yang mana ada terma-terma yang perlu dipatuhi dan diikuti…yang telah kita setuju bersama. Kita tak dedahkan cuma kita bagi tajuk saja, dan selagi mana terma-terma ini dipatuhi selagi itulah kita beri sokongan sehingga tiba masa sesuai untuk diadakan PRU15,” katanya.

Mengenai tempoh sesuai untuk diadakan PRU15, bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara berkenaan berdasarkan budi bicara dan persetujuan semua parti yang menyokong kerajaan, bukan mengikut keputusan satu parti saja.

BACA JUGA : Ini puncanya mengapa Malaysia hujan lebat hingga banjir, rupanya baru permulaan
Gara-gara putus cinta, lelaki tidur atas menara 80 meter

Artikel ini disiarkan pada 19/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)