Muhyiddin tegaskan beliau yang tubuhkan Bersatu, bukannya Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau yang menubuhkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) selepas dipecat oleh Najib Razak daripada Umno, bukannya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memetik laporan FMT, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata beliau perlu menyuarakan isu 1MDB kepada Najib pada masa itu, kerana beliau mempunyai kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin tegaskan beliau yang tubuhkan Bersatu, bukannya Mahathir

Muhyiddin Yassin menyuarakan isu 1MDB memandangkan keadaan negara semakin teruk dengan isu kleptokrasi yang ditimbulkan oleh pemimpin negara ketika itu.

Walaubagaimanapun disebabkan kelantangannya menyuarakan isu itu, beliau akhirnya dipecat oleh Najib yang merupakan Presiden Umno ketika itu.

“Keadaan negara semakin teruk dengan isu kleptokrasi yang ditimbulkan oleh pemimpin negara ketika itu.

“Oleh itu, saya mengambil langkah sebenarnya, bukan Mahathir, untuk membentuk Bersatu, kerana untuk perjuangan atau jihad kita berkesan, kita tidak boleh bersendirian. Ia perlu berada dalam kumpulan atau platform politik yang kuat,” katanya.

Ketika Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mula dibentuk, Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Bersatu manakala Muhyiddin menjadi Presiden.

BACA JUGA : Karbon : Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab
Panas !!! Akhirnya Peja secara tak sengaja dedah Amanah bukanlah boneka Dap seperti didakwa

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Muhyiddin tegaskan beliau yang tubuhkan Bersatu, bukannya Mahathir […]