Muhyiddin sasar 2022 jadi tahun pemulihan negara

Muhyiddin

Muhyiddin sasar 2022 jadi tahun pemulihan negara.Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis dalam berhati-hati bahawa dengan pendekatan keseluruhan negara (whole of nation), 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia, sejajar dengan jangkaan umum.

Beliau berkata inisiatif ekonomi itu yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lepas telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.

“Dalam melaksanakan proses pemulihan, kerajaan menerusi MPN akan membina dan mengkaji bagaimana untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan industri berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk keluar daripada pandemik memasuki peringkat endemik dan bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan penularan pandemik pada masa depan.

“Kerajaan juga perlu mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian, yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

Muhyiddin

“Ia juga perlu mengenal pasti dan memberi insentif kepada perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,” katanya dalam ucapan penutup beliau pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya, hari ini.

Muhyiddin berkata dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mampan bagi pertumbuhan inklusif termasuk strategi bagi pembangunan prasarana fizikal dan digital serta meningkatkan komitmen kepada dasar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), akan membolehkan negara mencatatkan pemulihan yang pesat.

Beliau berkata penggunaan pendigitalan dalam perniagaan dan perkhidmatan kerajaan dan menyediakan prasarana yang perlu akan dapat membantu mengekalkan individu yang bekerja dan perniagaan semasa tempoh pandemik.

“Akhir sekali, kita perlu memastikan pertumbuhan yang dipupuk menerusi proses pemulihan diagihkan secara sama rata, untuk mengelakkan peningkatan jurang pendapatan dan perpecahan serta perbezaan pendapat yang serius dalam masyarakat kita,” katanya.

Selain itu, jaringan keselamatan sosial juga perlu diperkukuh untuk membina semula kehidupan serta memulihkan martabat dan nilai kehidupan rakyat, katanya.

Sejak Mac 2020, kerajaan telah menyediakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion dan perbelanjaan fiskal berani dengan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk membantu secara langsung kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia dan lebih 500,000 perniagaan.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu bersiap sedia untuk menjadi masyarakat kental Covid-19 kerana penyakit itu kemungkinan akan kekal sebagai endemik dalam masyarakat walaupun selepas pandemik berakhir.

“Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyediakan pelan tindakan bagi negara untuk keluar daripada pandemik dengan selamat dan bersistematik.

“Perlu juga ditekankan bahawa pelan itu adalah dinamik, fleksibel dan berupaya untuk berevolusi. Ia akan terus mengambil kira dan memberi tumpuan kepada perkembangan saintifik global,” katanya.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/590676

BACA: KKM lancar laman web baru lagi berkaitan Covid-19