Muhyiddin pasti menyesal kerana gagal padamkan UMNO masa jadi PM, kata pemimpin Umno

Muhyiddin

Muhyiddin pasti menyesal kerana gagal padamkan UMNO masa jadi PM, kata pemimpin Umno.Goebbel Menteri Propaganda Nazri zaman Hitler istihar “total war” terhadap tentera Bersekutu. Hitler marah, bandar Dresden German diserang sehingga musnah.

Apa maksud “Total War?” Ia peperangan guna senjata tanpa batas. Agensi, jawatan, media, wang, kehakimandan dan undang undang. Objektifnya ialah asalkan “menang”.

Apakah pertembungan UMNO-PPBM di PRU ke 15 adalah total war? Muhyiddin nampaknya tidak berhenti bercakap isu UMNO lawan PPBM.

https://m.malaysiakini.com/news/593774

Apakah PPBM lawan UMNO adalah “total war”? Keberadaan PPBM hasil 15 MP lompat dari UMNO. UMNO dan PPBM tidak akan mengalah siapa miliki 15 kerusi tersebut.

Muhyiddin

Sebab itu penentuannya di PRU 15. Total war pasti berlaku. Selagi UMNO ada, PPBM sukar hidup. PPBM tidak akan lupa, parti itu hilang Johor dan Perak kerana UMNO.

Apatah lagi Muhyiddin tersingkir sebagai PM kerana UMNO. Muhyiddin pasti menyesal kerana gagal memadamkan UMNO masa dia jadi PM.

Komen menghina UMNO oleh Muhyiddin yang dipetik dari satu video (lampiran) tidak akan dilupakan. Dia hina UMNO bila ditanya, sama ada dia akan masuk balik UMNO.

..”Bodohlah saya, parti yang tonggang langgang. Dah masuk longkang. Dah kalah teruk, dah hancur dah. Tak ada sentimen. UMNO sudah tidak wujud lagi”

“Sepatutnya sudah sampai masanya orang Melayu memikirkan bahawa UMNO sudah tidak wujud lagi. Tinggalkan UMNO. Tidak ada maknanya lagi”.

“Takkan hari ini, dalam keadaan begini, ada orang berpusu pusu nak jadi ahli UMNO. Nak isi borang parti. Bukan sahaja dah kalah, tapi dah rosak”.

Bila diminta mengulas keputusan PAU UMNO, respond Muhyiddin ialah, “Oh adalah lagi PAU. Ingatkan dah kena TAPAU.

Wajar Presiden PPBM mendedahkan berapa jumlah ahli PPBM dan cawangannya mengikut Bahagian. Baru kita tahu parti mana yang kena TAPAU.

Sumber:

BACA: Covid-19 : Kes kategori 1,2 dikhuatiri bakal melonjak

COMMENTS

Wordpress (0)