Muhyiddin Lupa Tun M Telah Kembali Jadi Pengerusi Bersatu

Muhyiddin Lupa Tun M Telah Kembali Jadi Pengerusi Bersatu

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatannya selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 27 Februari yang lepas, kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Marzuki dipetik sebagai berkata, perkembangan berhubung perkara itu akan dimaklumkan nanti.

Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir turut melepaskan kedudukannya sebagai Pengerusi Bersatu dan kenyataan rasmi mengenainya telah dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Begitupun pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, MPT dan ahli-ahli Parlimen Bersatu menolak surat peletakan jawatan itu sebaliknya membuat keputusan untuk terus memberi sokongan kepada Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Ini adalah satu keputusan yang jelas dan kami masih dalam satu barisan. Kita telah membina parti ini bersama dan kami akan mengharungi apa juga halangan serta rintangan, saya pasti Bersatu dapat menghadapi kemelut ini dengan jalan terbaik,” katanya.