Muhyiddin letak jawatan, semua mesti berundur

Muhyiddin

Muhyiddin letak jawatan, semua mesti berundur.Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak) sedia maklum bahawa ada usaha bagi mengekalkan kerajaan PN tanpa Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin, sebaliknya hanya PM sahaja diganti baru, tetapi kabinetnya rata-rata dikekalkan.

Mohamad Ezam Mohd Nor selaku Pengerusi Gerak dalam kenyataan beliau berkata, sekiranya hanya PM berganti baru maka ia merupakan satu lagi episod penipuan, pembelotan dan kerakusan yang semata-mata bagi menyelamatkan kepentingan elit-elit politik serta menyahkan keutamaan rakyat sekali lagi.

“Gerak ingin mengingatkan bahawa selama ini bukan hanya PM sahaja yang gagal, tetapi perlu disedari kesemua menteri termasuk Timbalan Perdana Menterinya juga gagal.

Muhyiddin

“Kerajaan PN ternyata gagal dari segala aspek terutamanya menangani pandemik Covid-19 yang menjadikan Malaysia negara paling parah ekoran kabinet yang lemah, korup, hanya fokus terhadap mengekalkan kuasa serta sikap ‘double-standard’ yang dilaksanakan terhadap pemimpin kerajaan dan rakyat bawahan.

“Selain itu, Menteri vaksin yang kononnya berjaya sebenarnya gagal sebab bertindak lembab dan perlahan dan hanya pantas setelah kematian melonjak naik dan ribuan nyawa rakyat telah terkorban,” ujar beliau.

Oleh itu katanya, Gerak menuntut bukan hanya Mahiaddin sahaja berundur dan tidak lagi diberi tempat dalam kerajaan, tetapi juga seluruh jemaah menteri beliau wajib berundur dan melepaskan jawatan.

Tambah beliau lagi, adalah lebih malang seandainya ada usaha untuk meletakkan TPM yang telah gagal dalam kerajaan yang telah gagal menerajui pula kerajaan baru selepas ini.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/semua-mesti-berundur-bersama-mahiaddin/

BACA: Kes bunuh : Polis Kelantan buru Iwe Telosan