Muhyiddin kena tampil yakinkan rakyat beliau tak lawan Agong, kata pemuda Umno Kedah

Muhyiddin kena tampil yakinkan rakyat beliau tak lawan Agong, kata pemuda Umno Kedah

Muhyiddin kena tampil yakinkan rakyat beliau tak lawan Agong. UMNO perlu meneliti semula kedudukan parti itu sebagai pendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal membuka semula Parlimen dalam masa terdekat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli berkata, ketika ini semua pihak tidak mahu lagi mendengar alasan demi alasan Parlimen tidak boleh dibuka.

Muhyiddin kena tampil yakinkan rakyat beliau tak lawan Agong

Justeru, katanya, kerajaan didesak supaya merealisasikan segera pembukaan Parlimen dan tidak lagi memberi pelbagai alasan jengkel.

“Segera yang dimaksudkan adalah jangka masa terdekat dan bukannya Oktober seperti mana perancangan kerajaan sebelum ini.

“Muhyiddin perlu tampil menyatakan dengan jelas tarikh baharu persidangan Parlimen bagi meyakinkan rakyat betapa beliau tidak melawan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta jujur dalam mentadbir kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Fadzil menambah, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen seperti yang diumumkan Muhyiddin semalam juga dilihat sebagai satu lagi siri alasan pihak kerajaan.

“Parlimen adalah prinsip asas kepada demokrasi yang tidak seharusnya ‘dimandulkan’ atas alasan darurat kesihatan.

“Apabila Parlimen tidak bersidang, suara rakyat menjadi bisu. Membisukan suara rakyat adalah lambang kerajaan lemah dan sejarah telah membuktikan apabila suara rakyat dibisukan, mereka akan bangkit dengan keras,” ujarnya.

Akhbar pada 17 Jun lalu melaporkan Yang Dipertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Seri Paduka bertitah, keputusan itu bagi membolehkan Ordinan-Ordina Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/umno-perlu-teliti-semula-kedudukan-dalam-pn/