Muhyiddin dijangka jumpa Tun M bincang guna taktik yang sama macam Langkah Sheraton lagi?

Oleh INFORAKYAT

Muhyiddin dijangka jumpa Tun M bincang guna taktik yang sama macam Langkah Sheraton lagi?

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan bertemu Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat

Tujuannya untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Muhyiddin dijangka jumpa Tun M bincang guna taktik yang sama macam Langkah Sheraton lagi?

Dalam temu bual eksklusif bersama agensi berita Free Malaysia Today, presiden Bersatu itu berkata beliau membaca 12 agenda dalam proklamasi itu yang disifatkannya agak baik dan menjadi asas prinsip perjuangan parti pimpinannya.

Menurut perdana menteri kelapan itu, agenda dalam perlembagaan negara, hak istimewa orang Melayu dan Islam selain memartabatkan ekonomi bangsa sudah lama diperjuangkan Bersatu, lebih awal daripada Proklamasi Orang Melayu diasaskan Mahathir, Mac lalu.

“Pada saya tiada halangan (kepada) sesiapa pun untuk buat perkara sehaluan dengan apa kita perjuangkan,” kata Encik Muhyiddin menjawab kesediannya bertemu Dr Mahathir yang digantikannya sebagai perdana menteri pada 2020, lapor Free Malaysia Today.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, proklamasi yang diilhamkannya itu bertujuan menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik. Ia menarik sokongan dan ditandatangani beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atas kapasiti persendirian.

Awal bulan ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata sedia bekerjasama dengan Encik Muhyiddin sekali lagi, tiga tahun selepas hubungan mereka renggang susulan “Langkah Sheraton”, menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan PN pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Encik Muhyiddin menyambut hasrat untuk bekerjasama itu demi membela agama, bangsa dan negara.

“Bila beliau (Mahathir) kata hendak bekerjasama, saya sambut baik,” kata Muhyiddin yang mengakui sudah ada perbincangan ke arah itu menerusi orang perantaraan.

“Sekarang, (Mahathir) di luar negara kalau tak silap saya. Jadi saya kata (boleh bertemu) selepas atau sebelum Hari Raya Haji (29 Jun ini) kalau beliau sudah ada masa lapang,” katanya, dipetik daripada Free Malaysia Today.

BACA:

“Aku tanya,’ada ambil lauk lain lagi ke?’ Customer jawab ‘takda, ni ja la kak’. Maka aku pon selamba kira sekali lauk yang disorok tu. Elok-elok RM 5, aku kira jd RM 8”