Muhyiddin dedah kebimbanganya

Muhyiddin dedah kebimbanganya

Muhyiddin Yassin tidak dapat mengambus rasa bimbang dengan kedudukannya sebagai PM persis atas bara apabila memperjudikan PRN Sabah dengan menjanjikan PRU ke 15 akan diadakan dalam masa terdekat kalau gabungan PN-BN dan PBS menang di Sabah.

Kenapa perlu menang di Sabah baru hendak diadakan pilihan raya? Apakah janji itu sebahagian elemen rasuah politik untuk memancing hati rakyat Sabah supaya menolak Warisan Pluas. Kalaulah Muhyiddin berasakan kedudukannya selesa, yakin kuat kenapa harus menanti menang di Sabah.

Dengan mengambil kira kemunafikan Muhyiddin dalam berpolitik saya jamin kalau pun BN-PN dan PBS menang Muhyiddin tidak akan berani untuk mengadakan pilihan raya ke 15. Dia tahu keputusan di Sabah itu walaupun boleh mempengaruhi minat mengundi di Semenanjung tetapi ia bukan menjawab segala persoalan.

Justeru saya tidak fikir beliau berani untuk mengadakan PRU, apa lagi dalam kedudukan hubungan partinya dengan Umno dan Pas masih tidak menentu. Umno secara terang terangan menolak kehadiran Bersatu dalam MN, dan kedudukan Muhyiddin dan Bersatu hari ini hanya sementara sahaja. Seperti penunggang motosikal berteduh di bawah flyover sementara hujan teduh sahaja.

Umno dan BN tidak mendapat apa apa keuntungan dengan menerima Muhyiddin, kerana seperti kata Tengku Razaleigh parti Muhyiddin hanya ular lidi yang cuba mahu menekan ulat Sawa. Ular Lidi tidak ada standard untuk berkawan dengan ular Sawa.

Makanya jaminan Muhyiddin itu hanya janji daripada seorang yang sudah kecut perut untuk menghadapi hukuman rakyat atas perbuatannya menafikan mandat rakyat Februari lalu. Trims.

Sumber :