Muhyiddin dakwa masih ada majoriti, undi percaya September nanti

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau akan menentukan keabsahannya di Parlimen pada September ini, menerusi usul undi percaya.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri, dan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam perutusan.

Muhyiddin turut menegaskan beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan sekali gus, isu peletakan jawatan beliau di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.

Muhyiddin

Katanya, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan telah menerima surat akuan daripada Ahli Dewan Rakyat dan masih mempunyai kepercayaan majoriti ketika ini.

“Saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan.

” Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen,” kata beliau.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi yang berlangsung kira-kira sejam.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoalkan apabila Umno semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri.

Keabsahan pentadbiran Muhyiddin juga menjadi tanda tanya apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Nasarah meletak jawatan serta-merta semalam.

Pergolakan politik tanah air terus memuncak apabila sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap perdana menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/04/muhyiddin-akan-tentukan-keabsahan-di-parlimen-september/

 

BACA JUGA : Panas !!! Terbukti PN dan Pas akhirnya khianat Raja-Raja Melayu

COMMENTS

Wordpress (0)