MP PKR tegur akaun Azam bukan macam akaun Shopee, sekali Shopee masuk komen

MP PKR tegur akaun Azam bukan macam akaun Shopee. Fahmi Fadzil yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyelar kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang mendakwa akaun dagangan (trading) miliknya digunakan oleh adiknya bagi memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Fahmi Fadzil berkata akaun trading milik Azam itu bukan akaun Shopee yang boleh dipinjam oleh ahli keluarga.

Pada 5 Januari lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

“Kontroversi ini melibatkan nilai yang besar kerana saham itu jumlahnya berjuta ringgit. Kita ada undang-undang, akta dan mekanisme termasuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Saham untuk menjelaskan sama ada tindakan Azam satu kesalahan atau tidak,” katannya petik laporan Utusan Malaysia.

“Ini bukan akaun Shopee yang boleh dipinjam oleh ahli keluarga.

Platform e-dagang itu menegaskan bahawa akaun pengguna Shopee tidak boleh dipindah milik atau dikongsi dengan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga pengguna terbabit.

“Tidak. Akaun Shopee juga tidak boleh dipindah milik atau berkongsi dengan ahli keluarga juga. Tidak, tidak, tidak,” kata ciapan balas itu.

Pun begitu, apabila pengarah komunikasi PH berkongsi berita itu di akaun Twitternya, Shopee Malaysia mengulas ciapan Fahmi itu.

Menurut laportan Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberikan penjelasan.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir Baki.

Abu Zahar berkata mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

BACA JUGA : Rombakan kabinet hanya khabar angin, kata Hadi
Rakyat perlu siap sedia hadapi kenaikan harga ayam, telur selepas 4 Februari – Menteri
Bekalan vaksin nak tamat tempoh jadi punca KJ tekan rakyat terima dos penggalak?

Artikel ini disiarkan pada 07/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)