MP Kuala Kangsar umum terus sokong kerajaan PN

MP Kuala Kangsar umum terus sokong kerajaan PN.

“Saya istiqamah dalam menyokong ketetapan tidak akan meletak jawatan atau menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepertimana diumumkan dalam sidang media khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.”

Demikian pendirian dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid apabila ditanya pandangan beliau berhubung tindakan kekal dalam Kabinet PN tidak bermakna beliau sayangkan jawatan sebaliknya lebih kepada sayangkan negara dan rakyat.

kuala

“Saya masih meneruskan kerja saya seperti biasa. Selain itu saya juga terus setia berjuang untuk parti dan perjuangan Aa Ba Ta,” ujar Mastura ringkas kepada Sinar Premium.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut menyuarakan pandangan parti BN/UMNO harus terus kuat demi mendepani cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

“Hala tuju harus jelas, cermat dan bersasar. Yang penting sekali, kita (UMNO/BN) harus mampu menubuhkan kerajaan yang kuat dan membina negara yang berdaulat,” katanya lagi.

Terdahulu, lebih 27 ahli Parlimen UMNO/BN diketuai Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sepakat menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar keabsahan kerajaan PN ditentukan di Parlimen menerusi usul percaya pada sidang Dewan Rakyat September ini.

“Jadi jelas bahawa, Seri Paduka Baginda mahu Parlimen diadakan dan penentuan untuk sama ada kerajaan hari ini boleh berfungsi selepas September.

“Ini jelas pihak Istana Negara tidak lagi menerima surat akaun SD atau pun surat-surat sokongan,” kata Ismail Sabri dalam sidang media khas pada Jumaat lalu.

Mastura antara ahli Parlimen UMNO yang berada di atas pentas bersama Ismail Sabri dalam sidang media itu.

Selain Mastura, pemimpin BN lain yang turut bersama Ismail Sabri termasuklah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Halimah Sadique, bekas pengarah pemilihan UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berita Penuh : https://suara.tv/10/08/2021/mastura-istiqamah-sokong-kerajaan-fokus-bekerja-demi-negara-dan-rakyat/

BACA JUGA : Gempar !!! Ahmad Maslan dedah strategi Zahid