MoU : Rugikah PH? Akhirnya Khalid Samad bersuara

PH

MoU : Rugikah PH,Akhirnya Khalid Samad bersuara.Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad berkata, memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang, menawarkan konsesi yang selama ini diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, tuntutan pembangkang sememangnya jelas tidak boleh dilaksanakan sendirian tanpa sokongan, justeru permeteraian antara kedua-dua belah pihak itu kini membolehkan tuntutan PH ditunaikan.

“Dia tawarkan benda yang kita perjuangkan sekian lama yang kita tak boleh buat tanpa sokongan. Memang boleh bawa usul persendirian, tapi nanti akan jadi macam RUU355 je lah. Tak boleh buat apa. Mesti kena dapatkan sokongan semua pihak

“Segala konsesi ditawarkan berbentuk reformasi dan penambahbaikan yang kita perjuangkan. Maknanya dia faham PH bukan gabungan yang boleh ditawarkan jawatan dan kedudukan. Kalau ditawarkan itu, memang kita takkan layan.

PH

“Maka ditawarkan beberapa reformasi antaranya RUU anti lompat parti. Kita tak boleh luluskan tanpa sokongan dia. Nak bawa undang-undang ini kita perlu sokongan dua per tiga, jadi perlu ada tindakan bipartisan. Selain itu, undi 18 tahun yang dah diluluskan zaman PH,” katanya dalam bicara Yb Khalid di Facebook Jom Channel malam tadi.

Untuk rekod, MoU antara kerajaan dan PH membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ yang mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Bagaimanapun seperti yang ditekankan beberapa Ahli Parlimen PH yang lain, Khalid turut memberi jaminan bahawa peranan pembangkang tidak akan berubah ekoran persefahaman yang dianggap satu perdamaian oleh penyokong-penyokong PH.

“Dalam memorandum tak ada syarat kita kena diam, tak boleh kritik. Sebab tu kita lihat di Parlimen masih kecoh dan panas walaupun setelah memorandum ditandatangani. Ini yang orang tak faham. Orang ingat bila ada persefahaman, pembangkang akan diam,” ujarnya.

Pada masa sama beliau berkata, sekiranya persefahaman tersebut dilanggar, maka ia dengan sendirinya akan terbatal.

“Kita harap mereka boleh laksanakan. Transformasi ini memang boleh menguntungkan seluruh rakyat dan negara. Bagi kami, kalau kita nak langgar persefahaman ini sebenarnya tak ada apa sangat (untuk PH). Waktu belanjawan kita bolehlah bantah sebab dia tak bentang pada kita dulu,” ujarnya

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/mou-memenuhi-tuntutan-yang-diperjuangkan-ph-selama-ini-ph-tidak-rugi/

BACA: Calon pilihanraya paling mengelirukan, tiru identiti calon lawan

 

COMMENTS

Wordpress (0)