Mou : Parlimen tidak akan dibubarkan hingga 31 Julai tahun depan

Mou : Parlimen tidak akan dibubarkan hingga 31 Julai tahun depan.Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman (MoU) termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan, menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Dalam catatan di Twitter, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berkata PH akan tetap menjadi pembangkang walaupun MoU itu ditandatangani dengan kerajaan.

Pakatan Harapan (PH) akan kekal sebagai pembangkang dan parlimen tak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan.

Parlimen

Perkara itu antara perkara dipersetujui antara kerajaan dan PH susulan memorandum persefahaman (MOU) bersejarah yang dimaterai petang ini, kata Fahmi Fadzil.

“Majlis tandatangan memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan PH.

“PH kekal pembangkang. Parlimen tak dibubar sebelum 31.7.2022,” kata pengarah komunikasi PKR itu.

Katanya, MOU juga memfokuskan kepada bantuan rakyat, penambahbaikan usaha metangani Covid-19, reformasi parlimen, Perjanjian Malaysia 1963 serta kebebasan kehakiman.

“Dokumen lengkap menyusul,” tambahnya

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan PH yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Ia juga akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/13/ph-kekal-pembangkang-parlimen-tak-dibubar-hingga-31-julai-tahun-depan/

BACA: Panas!!! Laporan dedah ancaman pengganas di negara ini, ini penjelasan PDRM