Bintang YouTube terkenal yang dikenali sebagai “penunggang motosikal paling cantik” di Internet, MotoTanya, maut dalam satu nahas mengerikan pada 15 Julai lalu.
Menurut agensi berita, MotoTanya, atau nama sebenarnya Tatyana Ozolina, 38, hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah trak.
Ketika kejadian, beliau dikatakan menunggang motosikal BMW S1000RR 2015 berwarna merah dari Mugla ke Bodrum di Turkiye.
Pihak polis masih menyiasat insiden tersebut, dan terdapat laporan yang mengatakan selebriti pemotoran itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan penunggang lain.
MotoTanya, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki berusia 13 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Rakannya, penunggang motosikal warga Turkiye Onur Obut, yang turut terlibat dalam nahas berkenaan, cedera parah, manakala penunggang-penunggang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bintang Internet itu berada di Turkiye selepas tidak dibenarkan masuk ke Eropah melalui sempadan Greece susulan sekatan akibat perang Rusia-Ukraine.
MotoTanya memiliki lima juta pengikut di TikTok, dua juta di YouTube, dan sejuta di Instagram.
BACA: Pak cik Man bakal ke matahari naik mesin angkasa ciptaan sendiri ada siapa nak tumpang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio