Moratorium : Kerajaan arah bank kecualikan faedah

Moratorium : Kerajaan arah bank kecualikan faedah

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium (mora) pinjaman bank dengan segera.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan penerima moratorium dari kumpulan 50 peratus terbawah daripada ke­seluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan pada suku keempat 2021.

Pelaksanaan moratorium se­belum ini tidak melibatkan pengecualian bayaran faedah terakru yang antara lain menyebabkan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran kritikan rakyat dan parti politik.

Moratorium : Kerajaan arah bank kecualikan faedah

PEMBUKAAN semula ekonomi telah melonjakkan kembali pendapatan dan keuntungan kebanyakan institusi kewangan tempatan. Adalah wajar untuk mereka membantu rakyat yang masih berdepan tekanan kewangan disebabkan Covid-19. 

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus sebelum ini berkata, pemansuhan faedah terakru dalam pinjaman moratorium akan memberi kesan jangka masa panjang kepada ekonomi negara memandangkan pendapatan da­ripada faedah tersebut merangkumi kira-kira 80 peratus daripada hasil bank.

Jelas beliau, faedah terakru bank-bank di negara ini menerusi moratorium mencecah hampir RM1.4 trilion, bersamaan 73 peratus daripada keseluruhan sistem pinjaman bank yang sedia ada.

Dalam Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat semalam juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan cadangan tersebut.

Sementara itu, Tengku Zafrul mengumumkan Jemaah Menteri pada 10 September lalu telah meluluskan cadangan untuk membentangkan pindaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Pindaan tersebut adalah untuk meningkatkan had siling Kumpulan Wang Covid-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion dan meningkatkan had statutori hutang kerajaan Persekutuan daripada 60 peratus kepada 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ia bertujuan untuk, antara lainnya, mengukuhkan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak Covid-19 serta merawat pesakit Covid-19, menambah baik bantuan tunai langsung kepada rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, Kementerian Kewangan juga akan berusaha mempercepat pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan serta meningkatkan lagi daya tahan negara melalui pembentangan Bajet 2022.

“Bajet 2022 juga akan menerapkan beberapa aspek penyusunan semula yang akan menyokong objektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam memacu pertumbuhan yang lebih lestari, mampan dan berdaya saing,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/09/moratorium-bank-diarah-kecualikan-faedah/

BACA JUGA : Panas !!! Blogger Umno pertikai MoU dengan PH, tak dibincang MKT Umno dahulu