Moratorium bakal dilanjutkan lagi? Menteri Kewangan kata akan kemuka cadangan pada bank

Moratorium bakal dilanjutkan lagi? Menteri Kewangan kata akan kemuka cadangan pada bank. Kementerian Kewangan akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun penangguhan atau pengurangan bayaran balik bagi mangsa banjir masih berkuatkuasa sehingga tempoh enam bulan, seperti diumumkan sebelum ini.

“Ini topik yang selalu Yang Berhormat Bagan bangkitkan. Sebenarnya akhir Januari ini habis yang biasa, tetapi untuk banjir ada enam bulan lagi dan tak payah moratorium untuk enam bulan.

“Cuma cadangan Yang Berhormat adalah untuk kita lanjutkan program yang kita umumkan sebelum ini, yang akan berakhir pada Januari. Di sini saya akan bangkitkan kepada bank-bank dan saya akan maklum balik terutama bagi mereka terkesan kerana banjir,” katanya pada sesi menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Moratorium bakal dilanjutkan lagi? Menteri Kewangan kata akan kemuka cadangan pada bank. bank rakyat moratorium cimb moratorium maybank moratorium public bank moratorium moratorium maybank rhb moratorium bsn moratorium ambank moratorium bank islam moratorium bank islam public bank bank rakyat public bank online bank islam online bank islam online banking hong leong bank affin bank bsn online banking bank islam ib maybank login maybank online maybank share price maybank online banking maybank2u login maybank2u online www maybank2u com my maybank2u

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bertanya sama ada kerajaan boleh melanjutkan pengecualian faedah dan moratorium sekurang-kurangnya enam bulan selepas kemudahan itu tamat pada Januari ini.

Pada 17 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan peminjam bagi kategori B50 di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dapat menikmati lanjutan bantuan bayaran balik sehingga dua tahun lagi

Beliau berkata, mereka yang berminat mendapatkan manfaat ini, permohonan URUS masih dibuka sehingga 31 Januari 2022.

Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.

Moratorium automatik di bawah Program PEMULIH menyaksikan tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.

BACA JUGA : Cahaya misteri muncul dilangit cetus kegelisahan penduduk, hilang setelah disambar kilat
Cameron Highland kini lengang walaupun cuti umum, ini puncanya…
Ini respon Menteri Pendidikan bila tular makanan RMT hanya nasi dengan kuah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)