Monyet mengganas bunuh 250 ekor anak anjing

Monyet mengganas bunuh 250 ekor anak anjing.Sebanyak 250 ekor anak anjing di India dilaporkan dibunuh sekumpulan monyet liar yang mengamuk dipercayai kerana mahu membalas dendam, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas seekor anak monyet daripada kumpulan itu dibunuh oleh kawanan anjing jalanan.

Anak-anak anjing itu ditangkap dari jalan dan dibuang dari puncak bangunan serta pokok.

Penduduk di kampung Majalgaon dan Lavul, negeri Maharashtra turut turut diserang dalam kejadian amukan pelik itu ketika cuba melindungi anjing peliharaan mereka.

Menurut saluran berita tempatan, News18, ‘tiada seekor pun’ anak anjing itu dapat diselamatkan, malah pelajar sekolah turut dikejar kumpulan monyet tersebut.

Monyet mengganas bunuh 250 ekor anak anjing

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dilaporkan turut diseret sebelum diselamatkan.

Menerusi satu rakaman yang tersebar di Internet, seekor monyet dilihat mengheret anak anjing ke tepi bumbung bangunan.

Rakaman berasingan menunjukkan seekor anjing mengejar beberapa ekor monyet di sebatang jalan ketika wanita dan kanak-kanak berlari menyelamatkan diri.

Pegawai-pegawai perhutanan yang dihubungi penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian, namun gagal menangkap haiwan itu.

BACA: [VIDEO] Warga emas rentung dalam kereta selepas kemalangan
BACA: Suami isteri nekad bantu mak cik hampir lemas, kereta tenggelam dalam banjir

Artikel ini disiarkan pada 20/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)