Mohd Sofi-Lebih baik kita Berdialoq depan dari suka cakap belakang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Wahab ingatkan segelintir kumpulan yang cuba mengambil kesempatan atas kebebasan bersuara dengan menjadikan ruang untuk menabur fitnah dan mengadu domba dalam kalangan masyarakat.

Beliau mengingatkan golongan-golongan seperti ini supaya tampil ke hadapan dengan mengadakan perbincangan dan dialog berkaitan apa juga isu diselesaikan bersama.

“Ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa mendengar dan mengambil peduli akan setiap teguran serta pandangan dilontar oleh masyarakat.

“Kesempatan yang ada menerusi sesi dailog ini seharusnya dimanfaatkan semua pihak bagi merancakkan wacana terbuka secara sihat yang tidak dapat dirasai ketika zaman pemerintah yang lalu.

“Saya secara peribadi sedia menghadiri mana-mana program dialog dan wacana terbuka dalam usaha menyokong dan menggalakkan lebih banyak program-program dialog bersama masyarakat.

“Justeru, saya menyeru supaya hentikanlah tindakan ‘tembak curi’ kerana rakyat melihat tindak-tanduk mereka kerana rakyat kini sudah matang dan tidak seperti dulu.

Mohd Sofi yang juga Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam sendiri telah mengatur program siri dialog bersama semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk sekitar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

“Pada masa sama, siri program dialog bersama belia dan mahasiswa juga sedang dirancang di peringkat kawasan dan negeri.

“Wacana dan dialog ini salah satu bentuk inisiatif dalam memberi pencerahan serta maklumat secara terus kepada masyarakat.

“Antara nikmat diperolehi masyarakat selepas PH berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri adalah rakyat bebas bersuara menyampaikan pandangan serta memberikan teguran kepada kerajaan.

“Adalah satu kerugian jika kesempatan ini tidak diambil dalam menyuburkan budaya intelektual dan agenda mencerdaskan ummah,” jelasnya.

 

Sumber Asal: http://melakakini.my/japerun-durian-tunggal-perbanyak-budaya-dialog-perbincangan-mohd-sofi/