Mohamad Sabu zahir kegembiraan atas kekalahan Trump, ini sebabnya…

Mohamad Sabu zahir kegembiraan atas kekalahan Trump, ini sebabnya…
Tiga hari lepas dunia menyaksikan Donald Trump meninggalkan White House secara rasmi setelah tewas dalam Pilihanraya Presiden AS beberapa bulan yang lalu. Saya mengalu alukan dan gembira di atas kekalahan Trump. Beliau bertanggungjawab mempromosikan ‘White Supremacy’ atau ketuanan orang kulit putih sehingga memarakkan kembali api perkauman yang menindas kaum berkulit hitam. Beliau juga telah bekerja keras dan berjaya mempengaruhi sebahagian negara negara Arab untuk mengiktiraf Israel, mengistiharkan Golan Height yang dijajah Israel dari Syria sejak tahun 1967 sebagai wilayah Israel dan mengistiharkan Jurussalam sebagai ibu negara Israel, disamping mengikitiraf pembinaan penempatan haram Israel di atas tanah rakyat Palestin.
Bukan sekadar itu, beliau juga bermusuh dengan World Health Organization (WHO) Ketika dunia berhadapan dengan Pandemic Covid 19 dan menarik diri daripada Paris Agreement yang mempromosikan pemuliharaan alam sekitar dalam berhadapan Global Warming. Orang seperti ini telah ditolak oleh majoriti rakyat AS dan digantikan dengan Joe Biden dan Kamala Haris. Kita mengalu-alukan kemenangan Joe Biden tetapi tidak meletakkan sebarang harapan yang besar kepada mereka kerana penguasaan dan pelobi Pro-Israel sangat berkuasa di State Department. Kempen-kempen pilihanraya kedua duanya menjanjikan untuk kekal membantu Israel.
Kita tunggu dan lihat sikap mereka terhadap Palestin, krisis di Timur Tengah, sekatan ekonomi terhadap Iran, Venezuela, Korea Utara dan China. Dunia perlu menerima hakikat sedang berlakunya ‘The Shifting of Power’ dari Barat kepada Timur. AS tidak kekal sebagai hegomoni dunia dan perlu menurut perubahan yang sedang berlaku yang memerlukan kepada kerjasama dan bertindak menurut undang-undang bagi menjamin kestabilan dan kelestarian dunia. Tanggungjawab besar terletak di bahu Presiden dan Naib Presiden AS yang baru yang penuh dengan cabaran kerana pelampau pelampau pelbagai bangsa dan agama yang masih berleluasa. Semoga era ini, era yang lebih baik dan adil kepada dunia keseluruhannya yang memerlukan tanggungjawab kita semua secara bersama.
Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara
FB

COMMENTS