Moga belanjawan 2021 jadi penawar buat rakyat Malaysia – Nurul Izzah

Moga belanjawan 2021 jadi penawar buat rakyat Malaysia – Nurul Izzah

Selesai minggu pertama persidangan Dewan Rakyat, soalan saya sempat dijawab oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan ketersediaan vaksin Covid-19 serta keterbukaan kerajaan kepada entiti swasta yang berminat untuk membawa masuk atau mendirikan vaksin di Malaysia.

Beliau memaklumkan bahawa vaksin Covid-19 dijangka akan diterima pada awal suku pertama 2021 dan keutamaan diberikan kepada 3% populasi petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan sebagainya serta sasaran imunisasi penyakit Covid-19 pula adalah 70% daripada populasi negara. Segala soalan yang berbangkit lainnya pula dijangka hanya akan dijawab pada awal tahun depan.

Setakat 5 November 2020, seramai 10,503 rakyat Malaysia yang disahkan positif dan kini masih dirawat dan rakyat diluar pula ratanya masih menjalani PKPB. Tiada yang terkecuali daripada kesan pandemik yang melarat ini terutamanya mereka yang di bawah.

Pengurusan pengagihan vaksin harus dijalankan dengan teliti dan mengikut keutamaan yang telah dikenalpasti. Semoga pembentangan belanjawan 2021 pada petang ini menjadi penawar buat rakyat Malaysia, memberi kita semua jalan dan harapan untuk bangkit dari badai yang melanda, inshaAllah!

Sumber :

COMMENTS