Model KDA FC dedah aurat : Adun Pas kata orang yang tengok la bersalah

Model KDA FC dedah aurat : Adun Pas kata orang yang tengok la bersalah

Cerita dia macam ni …….

Aurat wanita seluruh anggota tubuh kecuali pergelangan tangan dan muka, semua wanita muslimah perlu mematuhinya.

Pramugari MAS dah lama tidak menutup aurat (kerana polisi tidak membenarkan), sejak zaman BN.

Bila PH naik, Amanah sebagai salah satu parti komponen PH telah diberikan jawatan Menteri Agama, maka Amanah pun berusaha untuk memperkenalkan wajah Islam yang ‘rahmah’ – dan ia perlu dijalankan mengikut keutamaan.

Pas juga sentiasa menyerang, bahkan menganggap bahawa menteri Amanah berdalih. (Rujuk keratan di bawah yang dipetik dari sumber Pas sendiri).

Setahun yang lalu, Pas bersama Muhyiddin – yang mengatakan Pas ajaran sesat – dan Azmin telah bersekongkol ‘menebuk atap’, dan jadilah Marzuk yang berkata ‘jangan berdalih’ sebagai Timbalan Menteri Agama kerajaan tebuk atap itu.

Kedah pun dirampas oleh Pas. Jadilah Adun Air Hitam sebahagian dari Kerajaan.

Adapun, jersi bola pada ghalibnya yang menjadi model adalah para pemain atau orang lelaki.

Bila KDAFC memperkenalkan jersi untuk musim ni, yang memperagakan jersi itu adalah wanita seksi sehingga tertonjol.

Apa ulasan Pas ? “RUPANYA DEPA SUKA KELEBEK DAN PERATI BENDA² SEROPA TU”. Pusing kot mana pun, orang lain yang salah.

Demikianlah, hikayat orang Pas.

 

Berita penuh :https://infonegarakini.com/kda-fc-dedah-aurat-model-adun-pas-kata-rakyat-yang-bersalah-sebab-tengok/