Modal USD5,000 kini jadi USD22 juta, wanita ini buktikan dengan main saham

Modal USD5,000 kini jadi USD22 juta, wanita ini buktikan dengan main saham

Arus media perdana jarang memaparkan kisah beliau kerana mungkin perbezaan jantina, yang mana majoriti pelabur dari dahulu hingga kini adalah golongan lelaki.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang wanita yang telah berjaya membuktikan bahawa jantina bukan halangan untuk berjaya dalam bidang ini.

Beliau yang kami maksudkan adalah Anne Scheiber.

Beliau lahir pada 1 Oktober 1893 dan meninggal dunia pada 9 Januari 1995 pada usia 101 tahun. Pada asalnya beliau bekerja sebagai juruaudit di Internal Revenue Service atau IRS. Kalau di Malaysia, organisasi mengutip cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau telah menggemparkan dunia pelaburan dengan mengaplikasikan strategi pelaburan yang lain daripada yaang lain. Anne Scheiber yang tidak pernah menerima gaji sebanyak USD4,000 setahun sepanjang hayatnya, namun beliau berjaya mencipta keuntungan sebanyak USD22 juta.

Jom kita ikuti kisah menarik beliau.

Kehidupan Awal
Anne Scheiber dilahirkan di New York dan membesar dengan 9 orang adik-beradik. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 10 tahun lalu ibunya telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga.

Anne Scheiber terpaksa menempuhi dunia pekerjaan seawal usia belasan tahun, kerana ingin mendapatkan wang bagi membantu keluarganya. Walaupun beliau terpaksa berhempas-pulas untuk mencari rezeki, namun ianya tidak pernah menghalang beliau untuk mendapatkan segulung ijazah dalam jurusan undang-undang.

Sungguhpun begitu, beliau telah memilih untuk berkerja dengan IRS.

Alam Pekerjaan

Pada awalnya, Anne Scheiber adalah seorang wanita biasa di New York, dan tidaklah terkenal. Namun, beliau merupakan seorang pekerja yang sangat cemerlang.

Sungguhpun begitu, beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 1944. Ini disebabkan beliau tidak pernah menerima gaji yang setimpal, iaitu kurang daripada USD4,000 setahun.

Sedangkan jika diukur melalui prestasi kerja, Anne Scheiber jauh lebih cemerlang mendahului rakan sekerjanya yang lain.

Faktor lain yang turut menyumbang besar kepada keputusan untuk berhenti kerja adalah, beliau tidak pernah menerima kenaikan pangkat dan beliau mendakwa perkara tersebut berhubung kait dengan diskriminasi terhadap kaum wanita yang dianggap lemah dan dipandang rendah.

Alam Pelaburan

Selepas beliau berhenti kerja, Anne Scheiber memiliki duit sebanyak USD5,000 dengan pencen tahunan sebanyak USD3,100. Beliau tidak berhenti kerja tanpa mempunyai sebarang back-up plan.

Beliau telah pun menyusun strategi untuk belajar dan mengkaji dunia saham selama 50 tahun. Dengan melakukan beberapa pelaburan kewangan yang bijak, Anne Scheiber telah berjaya meraih keuntungan sebanyak USD22 juta menjelang akhir hayatnya.

Walaupun beliau berjaya membina kekayaan, terdapat beberapa tabiat pelik yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Salah satu daripadanya adalah beliau akan mengambil hidangan dan jamuan daripada mesyuarat pemegang saham, lalu memakannya selepas 3 hari.

Derma Kesemuanya

Pada akhir hayatnya, beliau tinggal semula di kediaman lamanya sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Beliau telah menyumbangkan keseluruhan hartanya sebanyak USD22 juta kepada:

Universiti Albert Einstein School of Medicine

Kepada kaum wanita yang kurang mampu dan menyambung persekolahan di Yeshiva University’s Stern College

Anne Scheiber berharap agar hasil daripada usaha beliau ini dapat memertabatkan golongan wanita dan membantu mereka daripada ditindas.

Tahukah anda, pada asalnya sumbangan tersebut diterima tanpa mengetahui siapa identiti penyumbang?

Salah satu tempat untuk kita gandakan wang adalah di pelaburan saham kerana ianya merupakan lubuk emas bagi mereka yang berilmu dan bersabar.

Berita penuh : https://www.majalahlabur.com/inspirasi/anne-scheiber-wanita-yang-menggandakan-usd5000-kepada-usd22-juta/