MN : Umno sentiasa berusaha, namun tiada guna bertepuk sebelah tangan – Zahid

Umno bersedia untuk mempertahan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019 jika PAS bersedia, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjelaskan, “The Real Muafakat Nasional” merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

“Adakah Umno tidak berusaha menyelamatkan “The Real Muafakat Nasional” yang dimeterai antara Umno dan PAS pada 2019?

Umno sentiasa berusaha, namun tiada guna bertepuk sebelah tangan - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno sentiasa berusaha untuk menyelamatkan ‘The Real Muafakat Nasional’ namun tiada guna jika hanya bertepuk sebelah tangan.

“Jawapannya Umno sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan.

“Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU15,” katanya di Facebook.

Zahid berkata, perkara itu bukanlah satu manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia “free for all”.

Katanya, ramai ahli yang berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang Umno perlu berdepan dengan realiti semasa.

“Umno tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan tentang MN dalam persiapan dan persediaannya menghadapi PRU15.

“Ketidaktentuan boleh mengganggu dan menyekat kelancaran strategi serta gerak kerja Umno untuk PRU15,” kata Zahid.

Zahid berkata, ramai pihak termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar berpandangan Umno telah dikhianati.

Katanya, Umno kekal bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen dan rakannya yang masih setia kepada perjuangan gabungan itu.

“Dengan semangat berpuluh tahun BN, kita wajar gemilangkan kembali semangat itu sebagai wadah perjuangan paling bererti untuk rakyat dan negara menjelang PRU15.

“Saya yakin BN akan meraih sokongan deras rakyat selepas apa yang rakyat alami, rasai dan saksikan selepas PRU14 berakhir pada 9 Mei 2018,” katanya.

Zahid berkata, Perikatan Nasional (PN) yang dibarisi Bersatu dan PAS telah pun mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat mereka untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU15.

“Justeru sudah terang lagi bersuluh Umno perlu “move on” dan melangkah ke hadapan dengan segera dan tidak boleh terus dalam perkara yang tidak pasti,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/05/masih-ada-ruang-untuk-pertahanan-the-real-muafakat-nasional-jika-pas-bersedia-kata-presiden-umno/

BACA JUGA : Pas Melaka sokong bubar Dun untuk adakan PRN

COMMENTS

Wordpress (0)