Misteri disebalik status Ordinan Darurat masih belum terjawab

Misteri disebalik status Ordinan Darurat masih belum terjawab.Apakah status pengungkaian Ordinan-Ordinan Darurat yang dilaporkan akan dikemukakan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang berlangsung sehingga 12 Oktober ini?

Ketika perbahasan dan pembentangan status pembatalan ordinan yang sepatutnya dilaksanakan pada 23 Julai lalu namun tidak diteruskan, ini menimbulkan persoalan sama ada ordinan tersebut masih terpakai, tergantung atau terbatal secara automatik selaras dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semakan Utusan Malaysia menerusi takwim Parlimen bagi penggal kali ini yang berlangsung selama 17 hari menyatakan, urusan majlis hanya menyebut mengenai Perbahasan Titah Diraja, Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Rang Undang-Undang serta urusan kerajaan yang lain namun tidak dipastikan jika termasuk pembatalan Ordinan Darurat.

Ketidakjelasan pembatalan undang-undang itu hadir ketika Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk kerjasama dwi-partisan.

status

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Ordinan Darurat sepatutnya dibawa ke Parlimen dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan mengungkaikannya sebelum terbatal secara automatik.

Kata beliau, Ordinan Darurat masih ‘hidup’ selama enam bulan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos seperti diperuntukkan dalam Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, ia menimbulkan kemusykilan jika nilai maksimum kompaun dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berjumlah RM50,000 bagi syarikat dan RM10,000 (individu) berbanding RM1,000.

“Sepatutnya, bermula 13 September sejak mesyuarat pertama Parlimen lagi, ia sudah diungkaikan. Oleh kerana negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, bawalah ke Parlimen secepat mungkin.

“Memandangkan belum ada penamatan ordinan, maka kadar kenaikan kompaun masih tetap berkuatkuasa. Ia perlu ditentukan oleh Parlimen sama ada membatalkan sepenuhnya atau mengekalkan sebahagian daripada ordinan itu.

“Tidak molek dalam sistem demokrasi jika ordinan darurat dibiarkan begitu sahaja tanpa diungkaikan. Tidak mengapa jika status pembatalan darurat tidak dibentangkan kerana ia sudah tamat tetapi ordinan ini pula masih berkuatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber:

BACA: Panas !!! Guru enggan vaksin disaran diberi VSS

COMMENTS

Wordpress (0)