Misteri balak : Apa penjelasan kerajaan negeri Terengganu?

Misteri balak : Apa penjelasan kerajaan negeri Terengganu?

Sudah sah, batang balak Chengal bersaiz luarbiasa yang dibawa sebuah lori trailer yang singgah di R&R Temerloh Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam, datang nya dari Terengganu, yang kini diperintah oleh Kerajaan Negeri Pimpinan PAS.

Menurut beberapa pakar perkayuan, pokok Chengal itu dianggarkan berusia tidak kurang 500 tahun, sebelum ia ditebang dek kerakusan tangan manusia.

Bagi saya, pokok Chengal “purba” itu tidak langsung perlu ditebang bagi menambah hasil Kerajaan Negeri Terengganu yang kaya dengan royalti minyak kerana berdasarkan Permit Pemindahan Hasil Hutan Terengganu, cukai yang dikutip cuma RM2,242.80 sen!

Sebaliknya, adalah lebih baik dan bernilai jika ia dibiarkan sebagai Khazanah Warisan Negara untuk generasi akan datang.

Kemusykilan baharu yang bermain di fikiran rakyat sekarang adalah:

1. Kenapa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu membiarkan sahaja khazanah alam yang tidak ternilai harganya itu ditebang?

2. Kenapa Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan lesen pembalakan di kawasan berkenaan?

3. Apakah sumbangan yang dapat diberi kepada rakyat Terengganu daripada kutipan cukai cuma dua lebih dua ribu Ringgit itu berbanding manfaat masa depan kepada rakyat jika pokok Chengal itu diwartakan sebagai Khazanah Warisan Negara?

Kepada Pihak Kerajaan Negeri Pahang termasuk seorang Exconya, tak perlulah nak meroyan dan menuduh saya memFITNAH kerana dalam posting saya tidak pun menuduh sesiapa.

Saya cuma memaparkan gambar balak berkenaan dan menyuarakan kemusykilan saya sebagai rakyat marhaen yang berasa “pelik” apabila melihat batang balak Chengal bersaiz luarbiasa itu ditebang dan diangkut sedemikian rupa.

Saya tidak sebut pun lori itu dari mana dan hendak ke mana… cuma yang pasti ia singgah di R&R Temerloh Lebuhraya Pantai Timur arah Barat!
Sumber: