Meterai Piagam PAS UMNO 14 September – Perlukah PH Risau?

14 September setiap tahun adalah hari yang istimewa untuk saya kerana pada tarikh ini saya di lahirkan. Nampaknya saya tidak kan menyambut hari jadi pada tahun ini kerana sudah abomination event akan berlaku pada tarikh yang sama. Sigh, what a bummer. Mesti anak saya tak gembira. But I am a glass half full person, saya suka melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza walaupun mungkin melawan arus perdana.

Secara am saya rasa PH tidak perlu risau kerana PH masih ada baki 3 tahun lagi untuk melaksanakan janji-janji PH sebelum PRU15.

Tuan-Tuan, untuk membawa idealogi moderate dan pembaharuan, kita perlukan sesuatu yang extreme sebagai had benchmark. Bila 2 parti yang extreme dari segi bangsa dan extreme dari segi agama bergabung, ianya adalah sesuatu yang bagus dalam sistem majoriti. Bukan semua orang boleh terima idelogi extreme , politik perkauman sempit, ini boleh kita lihat dengan keputusan PRU14, yang mana pembangkang hanya mampu menang di kawasan pendalaman yang mana peneterasi internet yang rendah dan hanya di kerusi majoriti melayu

PAS pada masa sekarang adalah seperti gerakan Al-Arqam. Dalam Al-Arqam dulu pun ramai juga golongan yang terpelajar tetapi kenapa mereka boleh tersesat masuk Al-Arqam. Kerana taksub dan wala pada pimpinan dan jemaah lebih dari segala-galanya. Wala ini sebenarnya adalah candu yang merosakkan mana-mana organisasi dalam jangka masa yang panjang. Kita boleh lihat macam mana taksub nya pengikut Abuya sampai boleh mengatakan yang Abuya boleh yaqazah jumpa Nabi dan Abuya sudah mencapai tahap maksum. Dalam PAS pun hampir sama. Ada yang menyamakan pimpinan PAS dengan imam murshid yang maksum dari dosa; sebab itu bila pimpinan mereka mengelar orang lain tentera syaitan, tiada seorang pun yang berani tegur.

UMNO pun berada dalam keadaan yang kurang baik bila Zahid Hamidi mengambil semula tampuk presiden UMNO. Dengan mendahului senarai teratas pertuduhan dimahkamah, Zahid sebenarnya sudah sebelah kaki dalam penjara, dan penyatuan UMNO dan PAS hanyalah seperti delaying the inevitable, another live support to terminal ill patient. Bila kedua-dua parti extrimis ini bergabung, majoriti rakyat yang waras dan cintakan kedamaian akan mencari alternatif yang moderate, di sini PH masih ada peluang untuk memenangi undi mereka.

Perkara-Perkara Penting Yang Perlu Di Ambil Kira:

Dalam mana-mana MOU, yang paling penting adalah isu kandungan MOU tersebut. Jika perkara di bawah ini tidak di sentuh oleh mereka, PH masih ada peluang untuk jadi kerajaan pasca PRU15

1) Hudud – Jika hudud hilang dari MOU, bermakna PAS hanya akan menjadi khadam UMNO dan BN ( MIC dan MCA). Hudud ini yang dulu PAS kata nyawa mereka boleh di tangguh, padahal hudud ini yang menjadi alasan mereka untuk putus dengan DAP. Yang ironik, putus dengan DAP tapi masih sayang kerusi exco di Selangor, jadi sebenarnya PAS hendak redha Allah atau redha wang dan kuasa bila tak malu masih bertenggek pada kerusi exco pada PRU lepas? Kalau hudud hilang dari MOU, adalah bermakna PAS boleh menerima pelembagaan sekular?

2) Kedudukan PAS, MIC dan MCA. Bila PAS bersama dengan UMNO, adalah PAS dan UMNO jadi equal partner, jika equal parter, siapa yang akan jadi perdana menteri kalau PASNO menang PRU15? Tuan Guru Hadi atau Zahid? Adakah MIC dan MCA jadi second class citizen ataupun equal parter? Jadi maknanya pimpinan PAS yang kata PAS kuat bila bersendirian PRU lepas tidak bercakap menggunakan akal?

3) Logo siapa hendak pakai? Bila dah meterai MOU, bertanding PRU15 nanti akan pakai logo BN atau logo PAS? Kalau bertanding 1 vs 1 di pantai timur pakai logo BN, rasanya PH akan ada peluang yang besar untuk menang. Ini kerana masih ada hardcore dalam PAS 15% yang rela tidak mengundi kalau terpaksa undi BN. Kalau bertanding pakai logo berbeza, buat apa ada MOU in the first place?

4) Pembahagian kerusi. Ini part yang paling sensitif dan berdasarkan pengalaman yang lepas PAS susah hendak berkompromi. Negeri mana yang hendak di beri pada PAS? dan negeri mana pula hendak di beri pada UMNO? Kalau betul2 PAS dan UMNO setuju untuk berkongsi kuasa, tunjukkan dahulu yang PAS boleh lantik adun UMNO jadi exco di kelantan dan terengganu dan UMNO boleh lantik PAS jadi exco di pahang dan perlis. Kalau takat sembang, semua orang boleh. Macam pasangan yang nak berkawin tapi dua-dua masih berkira duit dan tak nak berkorban kumpul duit hantaran.

5) Dana pilihanraya. Setiap PRU biasanya akan memakan dana yang besar. Contoh PRU lepas PAS sangat mewah dengan bendera yang boleh di pacak seawal pembubaran parlimen, walhal PH sendiri pun hanya pacak bendera lepas penamaan calon ( sebab biasanya orang tak nak gamble takut nama tak naik jadi calon). Dua minggu lepas dengar Zahid hamidi kata UMNO akan setup tabung milo demi dana pilihanraya. Jadi PAS dan UMNO akan masuk pilihanraya tanpa dana yang cukup macam PRU14, jadi siapa yang akan berkorban lebih demi pastikan UMNO dan PAS ada dana yang cukup hendak bertanding?

Apapun saya selalu berdoa yang Zahid Hamidi dan Tuan Guru Hadi panjang umur, sampai kepada PRU15. Selagi mereka berdua memegang tampuk parti, selagi itu PH masih ada peluang yang cerah untuk memerintah lagi satu penggal.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif