Meteor jatuh atas bumbung rumah, nyaris timpa wanita sedang tidur

Meteor jatuh atas bumbung rumah, nyaris timpa wanita sedang tidur. Seorang wanita nyaris dihempap dengan meteorit yang jatuh ke atas bumbung rumahnya di Kanada baru-baru ini.

Wanita itu, Ruth Hamilton dari Golden, British Columbia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat pada siling rumahnya 4 Oktober lalu.

Dia kemudian mendapati terdapat debu pada mukanya.

Wanita itu kemudian bangun dari katil dan membuka lampu sebelum melihat terdapat seketul batu di atas katilnya.

Hamilton kemudian menghubungi talian kecemasan 911 bagi mengetahui apakah sebenarnya benda yang jatuh itu.

Meteor

Seorang anggota polis yang tiba di tempat kejadian pula memeriksa batu itu. Beliau kemudian mendapati batu itu bukan datang dari kawasan sebuah pembinaan.

Dia membuat kesimpulan bahawa batu tersebut kemungkinan berasal dari meteorit.

Ini adalah kerana sekumpulan orang menyaksikan satu lintasan meteor di sebuah tasik yang terletak kira- kira 83 kilometer jauhnya dari rumah Hamilton.

Sementara itu, sebuah syarikat insurans Hamilton menyatakan ia akan melihat sama ada meteor itu terkandung dalam perjanjian insurans diri wanita tersebut.

Menurut Pusat Kajian Meteorit Universiti Negeri Arizona, meteor ialah batu dari asteroid yang mengorbit matahari di angkasa lepas.

Sumber : Astro Awani

COMMENTS

Wordpress (0)