MET Malaysia pantau berterusan ancaman Tsunami ekoran letusan Tonga

MET Malaysia pantau berterusan ancaman Tsunami ekoran letusan Tonga. Tiada ancaman tsunami yang akan melanda negara ini berikutan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut di Perairan Tonga semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Berikutan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga pada 12:17 tengah hari (waktu Malaysia), 15 Januari 2022, berdasarkan pemantauan berterusan, bacaan pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan, serta maklumat laman sesesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP), mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Jabatan Meteorologi akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan tersebut.

Justeru, orang ramai boleh mendapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini melalui laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta talian hotline 1-300-22-1638.

MET Malaysia pantau berterusan ancaman Tsunami ekoran letusan Tonga

Baca Juga : Hati-hati !!! Malaysia hujan lebat dan banjir kerana ‘ekor’ ribut?
Syahmi Syazli tayang rumah baru, netizen tetap rasa dia humble… Ini sebabnya…

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)