Mercedes terbabas di LPT1, wanita maut setelah tercampak keluar

Mercedes terbabas di LPT1, wanita maut setelah tercampak keluar

Mercedes terbabas di LPT 1, wanita maut setelah tercampak keluar

Seorang wanita maut selepas kereta mewah Mercedes Benz C300 dipandu suami terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur di sini pada petang Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa, Roziah Abdullah, 44, yang tercampak keluar cedera parah pada bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suaminya, Mohd Fadzli Abd Razak, 53, dilaporkan cedera di dada dan tangan.

Mercedes terbabas

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman [email protected] Daud berkata, pasangan suami isteri dari Dungun, Terengganu itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu pegawai eksekutif sebuah syarikat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca hujan dan jalan agak licin.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat manakala pemandu yang cedera dihantar menerima rawatan ke hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/146457/BERITA/Semasa/Wanita-maut-kereta-dipandu-suami-terbabas-di-LPT1