Menyeramkan! Ini sejarah gelap Putrajaya ramai tak tahu, kalau tahu mesti ramai tak nak kerja Putrajaya

Menyeramkan! Ini sejarah gelap Putrajaya ramai tak tahu, kalau tahu mesti ramai tak nak kerja Putrajaya

Sesebuah negara memerlukan pentadbiran yang sistematik bagi menguruskan hal ehwal dalam negeri mahupun luar negara.

Oleh itu wujudnya pelbagai bidang kuasa seperti bidang pentadbiran, kehakiman dan perundangan.

Menyeramkan! Ini sejarah gelap Putrajaya ramai tak tahu, kalau tahu mesti ramai tak nak kerja Putrajaya

Bagaimanapun, bidang kuasa ini perlulah berada di bawah satu takuk dan lokasi yang sama bagi mewujudkan sebuah pusat pemerintahan yang lebih terancang.

Oleh itu, kita dapat menyaksikan kebanyakan negara mempunyai tapak pemerintahan tersendiri termasuk juga Malaysia.

Bagaimanapun, sebahagian rakyat menyangka bahawa Kuala Lumpur merupakan pusat pemerintahan negara kerana bergelar ibu negara. Namun, ia bukanlah lokasi sebenar pusat pemerintahan Malaysia.

Jadi, dimanakah terletaknya pusat pentadbiran Malaysia? Jawapannya adalah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Memetik Bernama, setiap 1 Februari, negara akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Sambutan tahun ini merupakan kali ke-19 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004 bagi memperingati pengisytiharan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Pastinya timbul persoalan berhubung sejarah penubuhan Putrajaya ini, untuk mengetahui mengenainya, jom baca perkongsian di bawah ini.

Dahulu, sebelum pembangunan kawasan tersebut Putrajaya merupakan sebuah lokasi terpencil yang dikenali sebagai Prang Besar yang dipenuhi dengan hutan belantara dan ladang sawit. Penubuhan Putrajaya merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kawasan tersebut telah dibangunkan menjadi pusat pemerintahan kerajaan pada 12 Oktober 1994. Bagaimanapun, aktiviti pembinaan dimulakan pada 16 April 1995.

Tambahan lagi, pembangunan ini juga bagi mengelakkan kepadatan dan kesesakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran dalam negara serta antarabangsa selepas mula beroperasi di Putrajaya.

Sejarah Penubuhan Putrajaya
Pada tahun 1995, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghadiri upacara menandatangani Perjanjian Penubuhan Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor di Sepang.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan, di bawah Fasa (8) perkara 83 Perlembagaan Persekutuan membolehkan Putrajaya (dalam daerah Sepang di Negeri Selangor) diwujudkan sebagai satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan yang baru.

Perjanjian itu menyaksikan detik bersejarah buat Malaysia dalam pelan untuk merealisasikan pembangunan Putrajaya.

Tambahan lagi, perancangan itu selaras dengan hasrat dan aspirasi kerajaan bagi mewujudkan sebuah bandaraya yang menuju ke arah kecemerlangan negara menjelang abad ke-21.

Selain itu, pembangunan ini juga bertujuan untuk menukarkan pusat pentadbiran asal dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Kos pembangunan Putrajaya menelan sebanyak RM20.5 bilion meliputi kawasan berkeluasan 4,931 hektar. Oleh itu, Putrajaya digelar sebagai bandar terancang.

Putrajaya rasmi diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.

Ia menjadi lokasi ke-3 yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu, usul draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Parlimen, Wilayah Persekutuan Putrajaya turut diluluskan selepas mendapat persetujuan sebulat suara dalam sidang Dewan Rakyat pada tahun 2002.

Usul tersebut telah dibentangkan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menyandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu setelah memperolehi seluruh 134 sokongan ahli parlimen termasuk pembangkang.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir telah memaklumkan berhubung persetujuan itu.

Bagi menarik “keluar” Putrajaya dari bidang kuasa kerajaan Selangor, wujudnya Perjanjian Penyerahan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurut portal rasmi Dewan Negeri Selangor, sewaktu mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2008, usul yang dibincangkan adalah mengenai faedah yang diterima oleh negeri itu berhubung penyerahan Putrajaya.

Di bawah perjanjian itu, Kerajaan Persekutuan telah memberikan sejumlah wang bernilai RM200 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM7.5 juta secara tahunan untuk tempoh selama-lamanya.

Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan turut memberikan RM800 juta untuk pembangunan sekitar kawasan Sepang khususnya pembangunan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya di bawah Rancangan Malaysia Kelapan.

Putrajaya Sebagai Pusat Pentabiran Negara

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Pada awalnya, Kuala Lumpur merupakan pusat pemerintahan negara ini namun ditukarkan ke Putrajaya pada tahun 1999.

Nama Putrajaya diambil bersempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu “Putra” manakala perkataan “Jaya” pula bermaksud kecemerlangan.

Ia terletak kira-kira 25 kilometer (km) dari selatan ibu negara Kuala Lumpur.

Putrajaya menjadi sebuah bandaraya futuristik dan merupakan pusat pentabiran Kerajaan Persekutuan.

Matlamat utama pembinaan Putrajaya adalah untuk membangunkan sebuah kawasan yang menggunakan aplikasi teknologi (IT).

Sehingga kini, pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi mercu tanda sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.

BACA: Rupanya kiblat penduduk Lembah Klang tersasar dari landasan, sah ke tak solat kita selama ni? Ini penjelasan pejabat Mufti