Menteri Umno siap sedia letak jawatan dalam kerajaan

Menteri Umno siap sedia letak jawatan dalam kerajaan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Shamsul Anuar Nasarah sedia melepaskan jawatannya dalam Kerajaan Perikatan (PN) jika itu adalah keputusan parti tersebut.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, ini kerana setiap pemimpin UMNO tidak boleh mempunyai agenda peribadi melebihi agenda parti.

Justeru jelas beliau, pendirian parti akan menjadi keutamaannya sebagai pemimpin UMNO.

“Akur dan patuh dengan apa juga keputusan yang parti lakukan kerana sebagai pemimpin tidak boleh mempunyai agenda peribadi dan keutamaan adalah agenda parti.

“Maka apa juga keputusan parti akan jadi pendirian saya sebagai pemimpin parti.

“Itu sudah jelas dan ini penting untuk kita beri isyarat kepada ahli dan rakyat bahawa UMNO parti berprinsip dan pegang kepada keutamaan untuk pasti setiap agenda dan ideologi parti dipertahankan.

“Apa juga keputusan diputus parti pasti sebagai pemimpin kita akan akur. Lagi perbahasan sedang berlangsung sekarang,” katanya ketika melawat Laman Media, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta semua ahli UMNO yang memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meletak jawatan pada hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, gesaan itu dibuat berikutan Ucapan Dasar Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Berita Penuh :https://malaysiaharmoni.net/jika-parti-sudah-buat-keputusan-saya-sedia-letak-jawatan-dalam-kerajaan-shamsul-anuar/