Menteri seru usahawan, peniaga kecil agar terus perluas perniagaan masing-masing

Menteri seru usahawan, peniaga kecil agar terus perluas perniagaan masing-masing. Usahawan kecil dan sederhana perlu melangkah ke hadapan dan meluaskan perniagaan francais masing-masing dalam menempuh cabaran Covid-19.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, seorang usahawan perlu mempunyai sifat sanggup menghadapi risiko untuk berjaya.

“Kita mempunyai produk makanan tersendiri yang unik antaranya nasi lemak, char kuey teow, roti canai, mee kolok dari Sarawak serta latok dari Sabah yang mempunyai potensi besar untuk mengembangkan industri francais ini sehingga boleh menembusi pasaran global.

“Apa jua produk dan perkhidmatan yang diceburi usahawan kita, inilah masanya untuk kita bermanfaat menerusi platform dan bimbingan yang disediakan untuk anda semua seperti tunjuk ajar dari International Entrepreneur Network (IEN) untuk mempelajari dan melengkapkan diri anda dengan pengetahuan perniagaan untuk menempuh segala cabaran sewaktu Covid-19 untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang anda ceburi dan menakluk dunia dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

usahawan

“Bukan itu sahaja, saya pasti bahawa segala inisiatif yang diambil pihak IEN and Yayasan Wholistic Family Association (WFA) sudah pasti akan mewujudkan satu batu loncatan yang signifikan kepada kolaborasi perniagaan selain memastikan para usahawan kembali pulih segera dari impak Covid-19 segera,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ucapan pada Program MyInspirasi Keluarga Malaysia (MIKM 2001) sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia yang dilakukan secara maya hari ini.

Menurut Alexander, pembukaan kebanyakan sektor ekonomi dan perkhidmatan di bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berperingkat akan menjadi pemangkin kepada para usahawan dan peniaga.

Tambahnya, kesan penularan Covid-19 mengakibatkan rakyat dan peniaga terjejas teruk malah ada yang terpaksa gulung tikar.

“Walaupun beberapa bantuan dan bimbingan kewangan dari kerajaan seperti Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH dihulurkan untuk membantu perniagaan terus ‘hidup’ semasa pandemik, kita tetap tidak dapat menafikan betapa teruk kesan luka yang ditinggalkannya,” ujarnya.

Sementara itu, Alexander berkata, lebih 150 usahawan yang bakal bermanfaat dalam program MIKM itu.

Tambah beliau, program tersebut aka menghubungkan para usahawan untuk membantu memulakan perniagaan, mencari peluang selain memperluaskan industri.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/16/usahawan-peniaga-kecil-perlu-melangkah-ke-hadapan-perluas-perniagaan-alexander/

BACA: Saksi belot : Pertuduhan rasuah terhadap Zahid Hamidi tidak boleh bertahan – Peguam

COMMENTS

Wordpress (0)