Menteri sahkan bekas PM terima tanah bernilai RM76.4 daripada kerajaan

Menteri sahkan bekas PM terima tanah bernilai RM76.4 daripada kerajaan. Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri yang dikurniakan sebidang tanah bernilai RM76.4 juta atas jasanya kepada kerajaan, kata Jabatan Perdana Menteri.

Dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Liong (PH-Labis), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad berkata, Jemaah Menteri pada 16 Jun 2009 telah meluluskan pemberian tanah di Persiaran Tuanku Ja’afar kepada Abdullah.

Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi diberikan tanah kerajaan berkeluasan 155,290.94 kaki persegi di Persiaran Tuanku Ja’afar Kuala Lumpur di mana beliau membina kediaman bernilai RM7.24 juta.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ] Menteri sahkan bekas PM terima tanah bernilai RM76.4 daripada kerajaan

Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, memegang jawatan Perdana Menteri bermula 2003 hingga 2009.

Latiff berkata, tanah itu berkeluasan 155,290.94 kaki persegi.

Berdasarkan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), tanah itu berharga RM76.4 juta, manakala hartanah yang dibina di atasnya dinilai pada harga RM7.24 juta.

Sebelum ini, Dewan Rakyat diberitahu bahawa Putrajaya menerima permohonan daripada pengganti Abdullah, Najib Razak untuk mendapatkan sebidang tanah dan rumah yang didakwa bernilai RM100 juta.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan itu dibuat pada 18 Nov tahun lalu susulan khabar angin yang tular di media sosial hingga menyebabkan kekecohan dalam Dewan Rakyat.

Menteri sahkan bekas PM terima tanah bernilai RM76.4 daripada kerajaan

Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib.

“Wang yang dicuri diberikan semula,” kata Mahathir selain menambah bahawa permohonan itu perlu dijelaskan.

Najib kemudiannya menarik balik permohonannya untuk mendapatkan tanah dan rumah itu dan berkata, beliau tidak mahu ia dijadikan isu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Baca:

Rupanya boleh keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad bank, ini caranya

Wanita ini bagi cara elak tong sampah anda berbau, gunakan bahan ini

Pakar dedah bumi Malaysia diramal akan diliputi salji masa akan datang

[/bg_collapse]