Menteri KDN PN kata menteri dulu gagal kekang Covid, menteri KDN dulu tu Muhyiddin

Menteri KDN PN kata menteri dulu gagal kekang Covid, menteri KDN dulu tu Muhyiddin

Dalam satu temubual oleh Berita Nasional (Bernama) bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri (YBM) Dalam Negeri, Datuk Seri Zainuddin Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Larut.
Bertarikh 28 Mac 2020.

1. Pertama sekali, saya seru YBM tidak menjadikan isu kesihatan dan nyawa rakyat sebagai modal untuk berpolitik yang tidak pernah habis.

2. Dalam temubual tersebut YBM meletakkan kesalahan penularan wabak covid-19 terhadap kerajaan terdahulu. Dalam kenyataan beliau dilihat jelas merujuk kepada bekas Menteri Dalam Negeri semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin .

Antara dakyah & dakwaan beliau:

a) “Kes ini boleh disekat lebih awal sebelum merebak…”

Jawapan: Yang berkuasa sekat untuk kemasukan pelancong & sebagainya adalah Jabatan Imigresen Malaysia. Jabatan ini adalah dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri. Bekas Menteri Dalam Negeri adalah Perdana Menteri ke-8.

Selain itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun dalam sidang media menjawab soalan wartawan, bahawa gelombang pertama covid-19 semua dah sembuh, tiada kematian & 11 hari tanpa kes baharu. Maknanya, penukalan wabak bukan berpunca daripada pelancong China.

Gelombang ke-2 yang jadi teruk, sebab rakyat kita yang bergejala balik dari luar negara dan sertai ijtimak tabligh di Seri Petaling.

b) “saya bagi contoh kes tabligh. Kes ini jadi bukan ketika peralihan kuasa (PH -PN), bukan berlaku ketika kerajaan (PN) tapi dirancang lebih awal…”

Jawapan:

i – Langkah SYAIreTON yang YBM sendiri jadi dalang berlaku pada 24 Februari 2020 & himpunan tabligh pada 28 Februari 2020. Jadi salahkan siapa yang buat huru-hara politik yang jadi dalang langkah SYAIreTON termasuk semua yang sokong & menjayakan langkah tersebut.

ii – Pandemic Covid-19 diistiharkan oleh World Health Organization (WHO) pada 11 Mac 2020. Himpunan tabligh bermula 28 Februari 2020. Kenapa kena tunggu WHO istihar ? Sebab WHO adalah badan autoriti dunia untuk semua negara dalam planet ni rujuk status penularan wabak penyakit & tindakan patut (nasihat) yang perlu diambil. Contoh kes Itali. Penularan di Itali sendiri jadi sejak bukan Januari 2020, tapi kerajaan hanya sekat pelancong Itali pada 13 Mac 2020 (Umum nak sekat 11 Mac 2020).

iii – Bukan hanya tabligh berhimpun, tapi juga Piala Sumbangsih (anggaran 20 ribu – 40 ribu orang berkumpul dalam stadium).

iv – Jika benar pun himpunan tabligh tersebut boleh dibatalkan, permit untuk benarkan atau tidak adalah bidang kuasa pihak berkuasa. Yang bertanggjawab memberi permit atau tidak juga adalah kuasa KDN. Boleh tanya bekas Menteri KDN zaman PN kenapa berikan permit himpunan.

3. Yang lebih pelik, YBM ni juga sebahagian Ahli Parlimen PH (selepas jadi katak, UMNO tersungkur rakyat tolak, dia lompat masuk Bersatu). Dah la dia jadi katak, dia pulak plan ahli parlimen PH ikut dia jadi katak. Jadilah ketidak stabilan politik & kerajaan hilang fokus kendali wabak penyakit. Semasa dalam PH apa yang dia buat? Diam saja?

4. Macam mana PM8 boleh lantik orang macam ni (selalu khianat & tidak boleh dipercayai) untuk jadi Setiausaha Agong Parti (SUA)? Kepada ahli Bersatu, pemilihan parti nanti, buat pilihan bijak. Hamzah Zainuddin ni antara ahli kabinet kerajaan kleptokrat zaman Najiblis. Dia jadi Menteri KPDNHEP masa tu. Dia tidak bersama-sama akar umbi, tak bersama perjuangan asal parti, bahkan dia lah yang terus menyokong Najib selama, hentam & lawan PH bermatian, ini tiba-tiba kita bagi laluan pegang jawatan penting parti? NO! BIG NO! Tolak geng2 yang sokong mereka juga!

5. Korang dengar sendiri video dibawah kenyataan bodoh YBM & penerangan oleh Ustaz Yaakub Yusra (Adik kepada allahyarham Ustaz Mutadza) mengenai himpunan tabligh.

Berfikirlah, siapa yang jadikan rakyat mangsa & asyik berpolitik ketika negara dalam musibah. Dah nak sangat jadi kerajaan & Menteri, buatlah kerja, bukan asyik salahkan orang! Bodoh!

 

Posted by Saidullah Abdullah on Sunday, March 29, 2020