Menteri Kanan usah berhelah guna hujah ‘walaun’ isu langgar PKP

Jawapan Menteri Kanan ini pada saya adalah satu percubaan berhelah yang sangat tidak wajar berlaku bahkan satu bentuk penghinaan terhadap mahkamah. Apatah lagi mahkamah telah memberi perincian yang jelas darihal pendakwaan atas kesalahan INGKAR PKP yang telah dilakukan oleh Timbalan Menteri dan Exco Perak

https://www.hmetro.com.my/…/dr-noor-azmi-razman-didenda-ing…

Menteri tidak sewajarnya menunjukkan sikap “double standard” begini yang akan menghilangkan hormat dan kepercayaan rakyat terhadap undang2, proses undang2 dan arahan2 pihak berkuasa yang berjalan dpd semasa ke semasa.

https://www.facebook.com/astroawani/videos/233279217923772/

Adalah amat malang apabila Menteri akhirnya memilih untuk mengguna pakai dan meminjam “hujjah2 walaun” yang bertebaran di media sosial untuk menjawab pertanyaan daripada wakil media.

Dalam pada usahanya mengulas ini sahaja jelas beliau sendiri akhirnya menampakkan kegagalan beliau untuk faham isu-isu yang terkait dengan MCO/ PKP dan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh Timbalan Menteri dan Exco Perak.

Secara peribadi, saya kini berasa tidak lagi pelik mengapa akhirnya berlaku double standard terhadap penguatkuasaan undang-undang berkaitan PKP, kerana Menteri Kanan sendiri yang merupakan anggota tetap MKN ternyata tidak benar-benar memahami dan gagal menghormati apa yang mereka kuatkuasakan. Mereka gagal memberikan contoh yang baik untuk diikuti oleh rakyat jelata.

Sumber: