Menteri dari GPS nafi bersama Anwar, terus sokong Muhyiddin

Menteri dari GPS nafi bersama Anwar, terus sokong Muhyiddin

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap teguh menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Alexander Nanta Linggi.

Nanta Linggi memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah bercakap dengan GPS dan Presiden PBB Abang Johari Openg, yang mengesahkan masih bersama Muhyiddin.

“Kami tak faham kenapa (Anwar) yang tidak berhubung dengan siapa pun dari kami, (dakwa) kami adalah sebahagian dari scheme yang dibawanya.

“Kami tidak bersama (Anwar) dan kami tidak akan menyokongnya. Kami kekal teguh belakang Muhyiddin di Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Sebentar tadi, Anwar mengadakan sidang media tergempar di Kuala Lumpur bagi mengumumkan dia meraih sokongan kukuh anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/543729

COMMENTS