ular di media sosial gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang pek beras wangi lembaga padi yang berharga RM7 sekilogram.
Rata-rata warganet secara sinis menganggap itulah beras yang murah di pasaran boleh dibeli pentaasub Pas yang digelar ‘walaun’.
“Ini jauh lebih murah berbanding harga beras import di pasaran iaitu RM35 hingga RM40 beg 10 kilogram,” sindir pentadbir Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia.
Sebelum ini, penyokong tegar Pas ‘bising’ mendakwa beras semakin mahal dan menyerang kerajaan walaupun penjelasan telah dibuat oleh menteri dari semasa ke semasa.
“Sekilo baru RM7. 10 kg RM26.50. Murah sangat-sangat.
“Yang anak seluang dok meroyan beras mahal tu, kenapa?
“Murah ni… RM7. Beras tempatan mahal sangat. RM26 10kg. Beras import pun mahal 10 kg RM40… Geng walaun sila beli ya…
“Kalau setengah kilo, baru RM3.50… lagi murah!” kata warganet berseloroh.
Sumber: https://harapandaily.com/untung-orang-kedah-boleh-makan-beras-rm7-sekilo/