Ketua Pegawai Penyelidik Kepada Menteri Besar Terengganu, Ustaz Muhammad Hanafi Abd Aziz telah ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini.
Pemecatan secara serta-merta itu dibuat atas arahan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sebab penamatan masih menjadi tanda tanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Sheikh Hanafi’ adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun dan kini Ahli Majlis Perbandaran Dungun.
Dikalangan sebahagian kontraktor, pegawai kerajaan dan ahli politik, beliau disindir sebagai ‘Menteri Besar Dungun’ kerana ‘berkuasa’ dalam membuat beberapa keputusan berkaitan projek dan tender kerajaan.
Sumber : https://www.terengganureport.com/2020/11/menteri-besar-terengganu-pecat-menteri.html