Menteri Alam Sekitar ‘Bodoh Sombong’

Menteri Alam Sekitar ‘Bodoh Sombong’

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kementerian Alam Sekitar Dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang kelihatan seperti bodoh sombong berkenaan dengan “Malaysia tidak terkesan yang ketara akibat PERUBAHAN IKLIM”.

Katanya “Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan itu, iaitu menggalakkan negara ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang kepada 80 peratus gas rumah hijau (GHG), untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.”

Ya, dalam pergaduhan perang antara Negara Utara (Global North) dan Negara Selatan (Global South) selama 26 tahun (menerusi Persidangan Antara Negara; COP UN Climate Change), memang mereka adalah punca 70% akibat perubahan iklim sejak awal lagi terutama sekali di tanah air kita.

Pakar runding kita (Malaysian Negotiator) di sana dalam meja perundingan telah berjuang lamanya, selamatkan bukan sahaja Malaysia tapi pelusuk ASEAN. Dengan adanya kenyataan YB ini, YB tak rasa ker yang YB seolah-olahny telah merendahkan dan menidakkan perjuangan “pejuang-pejuang” kita di peringkat United Nations?

Selain itu, Malaysia dalam keadaan bahaya dimana misi untuk mengadaptasi diri dengan iklim seharusnya menjadi “top priority” dan seharusnya dasar kita harus mencapai “target” itu 90% dalam iklim adaptasi menjelang 2030.

Sebelum ini, pada tahun 2019, ada satu kajian yang dibuat menerusi Model Coastal Digital Elevation Model (DEM) (ref: https://www.nature.com/articles/s41467-019-12808-z.pdf) menunjukkan bahawa beberapa kawasan penting Malaysia akan hilang akibat kenaikan permukaan air laut termasuklah kampung saya di Batu Pahat, Muar dan konstituensi saya sendiri, #Pulai161.

Awal tahun ini, negara kita dilanda banjir yang amat dasyat, semua negeri dalam keadaan kelam kabut, tidak ada dasar bagi mengatasi “Ujian Tuhan”, ramai yang telah kehilangan keluarga mahupun harta benda, orang komuniti saya di Kg Pasir, Kg Skudai Kiri, Kg Orang Asli Danga telah menjadi mangsa perubahan iklim telah sekian lama.

Termasuklah di kawasan yang menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, dimana banjir teruk telah berlaku, permasalahan air kualiti tidak bersih dan sebagainya, perkara ini jelas di depan mata YB Menteri, adakah YBM masih lagi memberi jawapan yang tidak masuk akal?

Namun, jangan dilupakan bahawa kita juga telah memberi komitmen menerusi Konvesyen Rio PBB 1992 di mana kita mengangkat nilai “Common But Differentiated Responsibilities – Respectives Capabilities (CBDR-RC)”.

Maka di sini, alasan yang harus diberikan oleh Menteri KASA adalah,

“pertemuan ini penting buat negara Utara yang melepaskan karbon lebih banyak berbanding kita,

Namun atas dasar CBDR-RC, kita juga akan pastikan beberapa perkara di ambil tindakan secepat mungkin termasuklah menyediakan komitmen baharu di bawah Perjanjian Paris,

ini jelas dan komitmen kita menangani perubahan iklim di dalam negara dan di peringkat PBB selari dengan visi kita”.

Saya berharap agar YB berjaga-jaga apabila membuat satu kenyataan, dapatkan pandangan agensi berkaitan, sebab mereka lebih mengetahui dan mengalami sendiri selain daripada rakyat, rakyat tidak bodoh,

Tapi rakyat memberikan amanah kepada YB untuk melakukan perkara yang betul, dan jelaslah tindakan YB sendiri telah menjerat diri dan juga di peringkat antarabangsa.

Shaqib Shahril
Penduduk Tmn Tampoi Indah Yang Masih Marah

Sumber :