Mengejutkan! Pakar kongsi video keadaan Matahari terkini

Mengejutkan! Pakar kongsi video keadaan Matahari terkini. Seorang pemerhati angkasa di Amerika Syarikat (AS) memuat naik satu rakaman video Matahari pada jarak dekat yang menakjubkan, lapor akhbar The Sun semalam.

Video yang dirakam oleh jurugambar Andrew McCarthy itu dimuat naik pada akaun Instagramnya bernama @cosmic_background.

“Ada pesta di Matahari tetapi anda tidak dijemput,’’ demikian menurut keterangan pada video berkenaan secara berseloroh.

Video itu dirakam menggunakan teleskop suria khas selama lima jam. Ia jelas menunjukkan gas mengalir keluar dari Matahari.

Bagaimanapun, peminat angkasa lepas itu memberi amaran kepada orang lain untuk tidak melihat Matahari menggunakan teleskop sendiri.

“Jangan cuba ini melainkan anda tahu apa yang anda lakukan. Anda akan menjadi buta jika menghalakan teleskop ke Matahari,” kata McCarthy pada ciapan di akaun Twitter miliknya.

Video itu telah dipercepatkan daripada 1800x kepada 3600x untuk menunjukkan cara sesuatu komponen bergerak. Kamera juga dizum lebih jauh untuk memberi gambaran tentang saiznya berbanding Bumi. – Agensi

BACA:

MB Selangor umum projek rumah idaman beserta perabot bernilai RM250K di Bukit Jelutong

Power ustazah ni, selama bawa kereta R33, sekali ‘gangster’ Jepun datang

Pemilihan PKR : Nurul Izzah luah perasaan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)