Mengejutkan !!! Fosil lipan saiz kereta ditemui

Fosil lipan bersaiz 2.7 meter dari kepala ke kaki ditemuikan dalam keadaan baik, sekaligus menjadikan ia sebagai penemuan haiwan invertebrata terbesar sepanjang zaman.

Menurut pakar sedimentologi, Neil Davies dari Universiti Cambridge berkata, penemuan fosil lipan gergasi itu jarang berlaku kerana sebaik sahaja haiwan itu mati, badannya akan hancur dan kelihatan tidak jelas.

“Kami belum menemukan kepala fosil. Jadi, adalah sukar untuk mengetahui segala-galanya tentang lipan tersebut,” katanya.

Mengejutkan !!! Fosil lipan saiz kereta ditemui

Menurut Davies lagi, penemuan itu adalah satu kebetulan kerana cara batu itu terjatuh dan retak mendedahkan fosil kelihatan sempurna.

Disebut sebagai fosil Arthropleura, ia ditemui selepas bongkah batu pasir jatuh dari tebing di Teluk Howick ke kawasan pantai.

fosil lipan gergasi sebesar sebuah kereta ditemui

Penemuan mengenai fosil lipan gergasi ini juga telah diterbitkan dalamJournal of the Geological Society.

BACA JUGA : Warga emas dihukum penjara 6 tahun rogol kambing betina
Banjir : Cuti sekolah dilanjutkan, buka kembali 9 Januari

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)