Mengejutkan !!! Amanah dari sebuah parti nyamuk kini sebanding Pas, ikut kajian terkini

Mengejutkan !!! Amanah dari sebuah parti nyamuk kini sebanding Pas, ikut kajian terkini

Apabila Institut Darul Ehsan (IDE) membuat kajian pilihan raya menjelang PRU14 lalu, sokongan yang diperolehi oleh AMANAH sentiasa dinyatakan sangat rendah, tidak sampai 1 peratus.

Hasilnya pemimpin dan penyokong AMANAH sering dicemuh terutama apabila mereka cuba untuk mendapatkan kerusi untuk ditandingi.

“Kenapa parti tak sampai 1 peratus minta lebih-lebih kerusi, sedikit sudahlah, bukan boleh menangpun,” kata mereka kepada pemimpin AMANAH.

Itu suara-suara dalam kalangan rakan AMANAH sendiri khasnya dari pemimpin dan penyokong PKR. AMANAH sentiasa diperlekeh dengan parti tak sampai 1 persen.

Dalam kalangan penyokong Pas juga begitu. Apabila ada pemimpin AMANAH bercakap tentang perjuangan dan memberikan pandangan, penyokong dan pemimpin Pas akan bercakap sinis, “alaa parti 1 persen ni cakap banyak pula.”

Itulah cerita sebelum PRU-14 dahulu ketika AMANAH mula ditubuhkan dan berjuang bersama-sama menubuhkan Pakatan Harapan.

Namun, keputusan kajian yang diperolehi oleh dua media, Sinar Harian dan Sin Chew Daily baru-baru ini benar-benar mengubah persepsi dan tanggapan terhadap AMANAH.

Kajian itu mendapati, sokongan kepada AMANAH adalah 7.58 peratus iaitu sama dengan sokongan yang diperolehi oleh parti induknya dahulu iaitu Pas.

Yang membezakan antara mereka hanya satu pengundi sahaja di mana AMANAH mendapat 2537 undi manakala Pas mendapat 2538 undi.

Undian itu berdasarkan soalan yang diberikan dalam kajian itu iaitu “Parti politik manakah yang anda akan sokong dalam PRU-15”.

Kajian itu mendapati PKR mendapat sokongan paling tinggi iaitu 14.41 peratus, yang kedua DAP (12.06 peratus), ketiga Umno (10.46 peratus), ke empat Pas dan AMANAH (7.58 peratus), kelima Warisan (5.18 peratus) dan ke enam Bersatu (5.08 peratus).

Jika dikatakan AMANAH mendapat sokongan dari Cina dan Pas mendapat sokongan dari Melayu tidak juga. Ini kerana andaian boleh dibuat, pembaca Melayu membuat undian melalui Sinar manakala pembaca Cina membuat undian melalui Sin Chew.

Poll ini mengumpulkan undi sebanyak 17,931 pembaca daripada Sinar Harian, manakala seramai 6,439 pula dari Sin Chew Daily.

17,931 pengundi dari Sinar Harian boleh dikatakan orang Melayu manakala 6,439 pengundi dari Sin Chew Daily bolehlah dikatakan pembaca Cina.

Dari 2,537 pembaca yang mengundi AMANAH itu, sudah pasti bukan pembaca Cina sahaja bahkan Melayu juga.

Ini kerana, DAP sudah mendapat 4,036 undi manakala MCA pula mendapat 890 undi. Sudah tentu hampir 100 peratus pengundi kepada kedua-dua parti itu adalah Cina.

Ini bermakna, dari 6,439 pembaca Sin Chew itu, 4,926 sudah mengundi DAP dan MCA. Selebihnya adalah 1,513 sahaja sedangkan apa yang diperolehi oleh AMANAH adalah 2,537 undi.

Ini bermakna kira-kira 1,000 undi yang diperolehi oleh AMANAH adalah dari pembaca Melayu.

Pelbagai perkara boleh diambil kira kenapa AMANAH kini sudah setaraf dengan Pas dari sudut sokongan para pengundi di Malaysia sekarang.

Pemimpin AMANAH sudah berjaya membuktikan kemampuan mereka ketika memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan PH sebelum ini, berbanding dengan pemimpin Pas yang tidak menonjol langsung dalam kerajaan PN.

Bagi Pensyarah Kanan UTM Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali, sokongan yang diperolehi oleh Pas dan AMANAH agak seimbang sejak PRU-14 dahulu dengan keputusan poll yang dibuat oleh kedua-dua media ini.

“Walaupun poll yang dibuat oleh kedua-dua media ini tidak boleh dikatakan saintifik tetapi ia boleh memberikan petunjuk kepada sokongan.

“Jelas sokongan kepada Pas dan AMANAH hampir sama. Kalau dalam PRU-14 dahulu Pas bertanding kira-kira 100 kerusi dan menang 18 kerusi, AMANAH pula yang bertanding hanya 30 kerusi dan menang 11 kerusi. Maknanya Pas dengan AMANAH ini lebih kurang sama kuat sahaja,” kata Dr Mazlan .

Bagi beliau, hasil poll ini membuktikan impak besar yang terpaksa diterima oleh Pas sebagai sebuah parti dalam kerajaan.

“Sekarang ini banyak polisi dan tindakan kerajaan dikritik oleh rakyat negara ini. Sebagai sebuah parti dalam kerajaan, Pas sudah tentu terpalit dengan kritikan orang ramai itu yang menyebabkan prestasinya jatuh,” kata beliau lagi.

Dr Mazlan juga mengesahkan berdasarkan poll yang dibuat oleh kedua-dua media itu membuktikan golongan pertengahan yang tinggal di bandar dan terdedah kepada internet menyokong Pakatan Harapan bukannya PN dan BN.

Sebagai parti dalam PH, AMANAH juga mendapat sokongan dari pembaca kedua-dua media ini.

“Apa yang boleh saya katakan adalah parti politik seperti AMANAH mempunyai masa depan yang cerah dalam politik Malaysia dan boleh bersaing dengan baik di masa hadapan,” kata beliau lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/amanah-dari-parti-1-persen-kepada-setaraf-dengan-pas/