Membimbangkan! Majoriti kes BID tak tahu dirinya dijangkiti Covid-19

kematian

Membimbangkan! Majoriti kes BID tak tahu dirinya dijangkiti Covid-19. Hanya kira-kira 30 peratus mangsa COVID-19 ‘brought in death’ (BID) atau meninggal dunia ketika dibawa ke hospital mengetahui mereka dijangkiti wabak itu, manakala selebihnya tidak menyedari dijangkit kerana tidak menunjukkan sebarang gejala.

Komander Bersama Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF), Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen berkata, ketika ini kes BID masih mencatat kes tinggi walaupun terdapat trend penurunan.

Katanya, lebih membimbangkan, kes BID membabitkan mereka yang berusia lebih 60 tahun serta golongan muda yang mempunyai komorbiditi dengan penyakit tertentu.

“Status BID seminggu lalu masih tinggi tetapi terdapat trend penurunan, namun kebanyakan mangsa tidak menunjukkan simptom, bermakna mereka tidak tahu dijangkiti COVID-19.

Majoriti
“Ini adalah masalah utama kita kerana kurang 30 peratus tahu mereka dijangkiti, majoritinya tidak tahu. Kita berdepan banyak kes yang tidak mempunyai simptom ketara tetapi tiba-tiba meninggal dunia.

“Dalam temubual dengan waris Amereka mengatakan mangsa tiba-tiba ‘tumbang’ di rumah,” katanya ketika memberi taklimat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, semalam.

Kes BID dilaporkan meningkat dalam tempoh beberapa minggu lalu dan Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang awam supaya tidak alpa dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Dr Mohd Arshil berkata, GKV STF kini mempunyai data kawasan BID yang lebih tinggi di sekitar Lembah Klang dan akan menumpukan strategi tertentu di lokasi berkenaan.

“Kita akan memfokuskan perkara ini melalui strategi tertentu. Kita mempunyai sistem untuk menghadapi BID ini dan ia berjalan di Selangor dan Kuala Lumpur, pada akhir minggu ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/854126/majoriti-mangsa-bid-tidak-tahu-dijangkiti-covid-19

BACA: Jangan ulang kesilapan Muhyiddin, kata pemimpin Umno