Memahami ROME STATUTE

Apakah itu ROME STATUTE?

Perjanjian (Treaty) antara negara yang menganggotai ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) untuk mendakwa individu melakukan jenayah antarabangsa.

124 negara telah menganggotai ICC (setakat 4/3/2019)

KUASA ICC?

Penghapusan etnik
Jenayah kemanusian
Jenayah perang
Jenayah pencerobohan

APAKAH ROME STATUTE MENJEJASKAN KEKEBALAN DAN KUASA YDPA DAN PERLEMBAGAAN?

Fasal 40 Perlembagaan, YDPA bertindak atas nasihat Kabinet

Fasal 41 Perlembagaan, YDPA ketua dan pemerintah tertinggi ATM

ICC tidak menyentuh tentang kuasa YDPA, ia hanya kepada jenayah dilakukan seorang individu/ pemimpin yang melakukan penghapusan etnik, jenayah kemanusian, perang dan pencerobohan SAHAJA.

Tiada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan

KEBAIKAN ROME STATUTE?

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang komited kepada keadilan dan undang-undang.

Kesungguhan Malaysia dengan masyarakat antarabangsa dan membawa pelaku jenayah antarabangsa ke muka keadilan.

Malaysia dapat suarakan dengan lantang pendirian menentang sebarang jenayah antarabangsa.

Pegawai dari Malaysia boleh docalonkan Hakim, Pendakwa di Pejabat Pendakwa ICC.

LATARBELAKANG USAHA MALAYSIA SEBELUM SERTAI ROME STATUTE

17 Jul 98 – Malaysia tandatangan Final Act of UN Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Crimninal Court (ICC)

27 Mei 10 – Menteri (Undang-undang) Malaysia beri komitmen Malaysia akan sertai ICC

11 Jun 10 – PM Malaysia luncur halatuju Malaysia untuk accede Rome Statute

18 Mac 11 – Wisma Putra bentang kepada Jamaah Menteri untuk dipertimbangkan

5 Ogos 15 – Jamaah Menteri setuju AG bentang Memorandum untuk ratifikasi ICC ekoran kes MH17

12 Dis 18 – Jamaah Menteri setuju ratifikasi ROME STATUTE

15 Feb 19 – Menteri Luar mengadap YDPA Sultan Abdullah menyembahkan keputusan Jamaah Menteri

4 Mac 19 – ROME STATUTE ditandatangani.

Penulis : Mohd. Fikri Abd. Rahman
(Peguambela & Peguamcara)