Meleleh buat buka puasa, ini resipi gulai ikan tongkol ‘pure’ Kelantan

Meleleh buat buka puasa, ini resipi gulai ikan tongkol ‘pure’ Kelantan.Gulai kuning ada macam macam versi, yang ini dari Kelantan. Memang sedap, boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan tengah hari juga.

Hidang dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun. Menyakut molek, bak kata orang Kelantan. Nak makan dengan nasi dagang pun boleh.

Kalau orang yang dari negeri lain nak cuba pun boleh, ikut saja perkongsian Azizah Daud.

Sebelum baca resipi, jom tengok periuk nasi best ni brand Primada Microcomputer Rice Cooker , siap dapat freegift dan berbaloi untuk beli.

Cara buat gulai ikan tongkol stail Kelantan

Suka tak gulai lemak kunyit lengkuas kelantan? Hari ni kita masak lauk ni ‘gu’ dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun dan ikan goreng. Menyakut molek!

Meleleh buat buka puasa, ini resipi gulai ikan tongkol 'pure' Kelantan

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol sederhana besar -potong
1/2 kilo santan pekat
Cili merah hijau dan cili padi

Bahan kisar
10 biji cili kering
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara membuat:

1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masuk juga garam dan gula secukup rasa.

2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).

3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air sewaktu blend. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuahnya tak cantik.

4. Apabila santan tadi dah mendidih, naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.

5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan sekali. Bia mereneh lagi hingga naik minyak dan berkilat.

6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh makin cantik kuahnya.

Selamat mencuba.

TONTON :

BACA:

Syahmi Sazli nak jual cendol pula, sekali lain pula yang jadi..

BKM anda tidak lulus? Kerajaan buka peluang buat rayuan, ini caranya..

Selepas setahun kahwin, Harris luah perasaan sebenar terhadap Neelofa

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)